Quantcast
Channel: MASTER DEDAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 216

KES RASUAH LIM GUAN ENG: SPRM PERLEKEH PEGUAM NEGARA SEPERTI ORANG 'BODOH' DAN TIDAK TAHU KERJA?

$
0
0


Sejak bila SPRM menjadi pemutus kalau keterangan tidak mencukupi maka tiada undang-undang diambil? BUKAN FAIL TU KALAU TIDAK LENGKAP BOLEH LEMPAR SEMULA KEPADA PEGAWAI SPRM?

1. Pihak admin sudah menjangka dengan janji sebulan SPRM sejak 6 dan 7 Mei lalu. Bukan kali pertama SPRM berjanji. Bertemu Lim Guan Eng pun memerlukan lebih 50 hari berbuat demikian. Admin juga telah menjangka pada 22 Mei 2016 Ahad lalu apabila pasukan SPRM mengadakan pemeriksaan rumah Lim Guan Eng. The Star menulisnya sebagai "MACC raids Guan Eng home"namun telah mengubah tajuk itu sebagai Lawatan ke rumah Lim Guan Eng. SPRM sedang mengutip untung " Persepsi"betapa mereka melaksanakan kerjanya. 

2. SPRM nampaknya dalam kenyataan media pada 25 Mei 2016 telah menunjukkan betapa mereka tidak melanggar janjinya iaitu menghantar laporan kepada Peguam Negara sebelum penghujung bulan Mei ni. Ini menepati ramalan admin betapa SPRM jika benar menyiapkan laporannya bermakna jangkaan penghujung Mei atau sebelum 8 Jun. 


3.  Kenyataan Media SPRM seperti berikut:


SPRM LENGKAPKAN SIASATAN TERHADAP LIM GUAN ENG 

BERHUBUNG siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SPRM telah melengkapkan siasatan tersebut dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.  

Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.  

Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.  

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.
          SPRM, 25 Mei 2016 



4. Apabila kita membaca keseluruhan kenyataan media SPRM hari ini yang memaklumkan mengenai laporan kes Lim Guan Eng telah dihantar kepada Peguam Negara betapa sebenarnya SPRM sejak dulu memperlekeh Peguam Negara. Mereka seperti melihat Tan Sri Peguam Negara sebagai orang "bodoh" dan tidak tahu tugasnya. SPRM mahu menunjukkan kepada rakyat seolah-olah Peguam Negara tidak mengetahui Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara. Jika Peguam Negara puas hati maka ambil tindakan, jika Tan Sri Mohamed Apandi mendapati siasatan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.Wow!.....



5. Apa perlunya SPRM membuat kenyataan media seperti itu? Kenyataan Media kebudak-budakan. Bagi tahu Laporan Lengkap dah hantar kepada Peguam Negara sudahlah untuk tindakan Peguam Negara selanjutnya. Itu tugas Tan Sri Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara tidak perlulah nak ajar boleh dakwa atau tidak. Jika tidak lengkap maka Peguam Negara boleh menghantar semula kepada SPRM untuk dilengkapkan bukan tugas SPRM memutuskan tiada undang-undang diambil atau tidak! 

6. SPRM hendak tunjuk kepada rakyat dia buat kerja dan yang tidak buat kerja tu Peguam Negaralah. SPRM hendak bagitau dulupun semasa siasatan dana RM2.6b mereka dah hantar laporan tetapi ditolak oleh Peguam Negara. Jadi kali ini kena beritahu rakyat betapa bukan salah mereka kalau Peguam Negara tolak. 

7. Siapalah pegawai Media Korporat yang menyediakan Kenyataan Media SPRM ni. Kalau dendam dengan Peguam Negara pun buang sedikit rasa emosi terbuku tu. Bukan kenyataan media yang mengajar Peguam Negara apa yang perlu dibuat.


SURAT TERBUKA BUAT TAN SRI MOHAMED APANDI PEGUAM NEGARA YANG KAMI KASIHI UNTUK MENGAJAR SPRM & MENDAKWA LIM GUAN ENG


8. Kepada Tan Sri Mohamed Apandi Peguam Negara kami mendoakan kesihatan dan diberikan kekuatan melaksanakan tugas untuk mendakwa Lim Guan Eng Kafir DAP laknat ini. Sekali lagi Kami sangat berharap Tan Sri mendakwa Lim Guan Eng. Kami tidak tahu apa laporan yang dikemukakan oleh SPRM kepada Tan Sri. Lengkap bagaimana yang SPRM maksudkan?. Hanya Tan Sri dapat menilai.

Jelas Phang Li Khoon punya hubungan dengan Tong Yong Chew dan kerajaan negeri
9. Apa yang kami tahu semua pihak telah berjaya menunjukkan bukti betapa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri telah membeli rumah banglo Phang Li Koon di bawah harga pasaran RM2.8 juta. Phang Li Khoon sebagai rakan niaga Tong Yong Chew Pemilik KLIDC dan terbaru hari ini apabila menunjukkan Phang Li Khoon bersama Tong Yong Chew melalui syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd dalam projek PDC membina asrama pekerja di Pulau Pinang. 

10. Ini jelas terdapat hubungan rasmi dan istimewa antara Lim Guan Eng dengan Phang Li Khoon. Kami yakin Tan Sri lebih arif dan mengetahui. Kami meyakini Tan Sri boleh melihat lebih terperinci.


11. Tan Sri Peguam Negara, masih ingatkah Tan Sri mengenai kertas siasatan SPRM SRC dan RM2.6b itu selepas Tan Sri mengumumkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan? Reaksi pegawai SPRM sangat jelas ada kalangan mereka mencabar, mahu merayu malah dirujuk lagi kepada Panel SPRM seolah-olah Panel SPRM lebih besar dari Peguam Negara. Warna-warna pegawai SPRM jelas kelihatan.

12.  Tan Sri Peguam Negara, sikap pegawai SPRM nampaknya masih belum berubah selepas penangkapan para pegawainya yang didapati membocor dokumen siasatan. Lihat saja cara SPRM mahu menunjuk kepada rakyat seolah-olah semua pendakwaan salah Tan Sri. Kalau lengkap mereka lapor dakwalah, kalau tidak lengkap tiada pendakwaan dan tutup kes. Dah kawtim agaknya. Senyum Lim Guan Eng.

13. Apakah pegawai SPRM akan merayu sehingga ke Panel SPRM sekiranya Tan Sri Peguam Negara menolak kes ini sebagaimana kes SRC dan RM2.6B? Dan sekali lagi Tan Sri menggunakan kuasa Tan Sri untuk menyatakan kuasa Peguam Negara tidak boleh dicabar?


14. Tan Sri Peguam Negara jika dalam kes Dr Khir Toyo beliau didakwa dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, punya hubungan rasmi penjual rumah, Lim Guan Eng KM Pulau Pinang sebagai "penjawat awam"yang mempunyai pengaruh dan kuasa membuat pengumuman dalam Mesyuarat Exco Negeri atau Lembaga Perolehan Negeri mempunyai hubungan "rasmi" dengan Phang Li Khon (Penyewa dan penjual rumah banglo) dibawah harga pasaran. Terbukti seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi. 

15. Pihak SPRM dan pendakwa jelas telah mencari segala cara untuk mendakwa Dr Khir Toyo. Jika siasatan  SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng bermakna SPRM terlibat merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dr Khir Toyo dulu. 

SEMOGA MENJADI REALITI



Viewing all articles
Browse latest Browse all 216