13 Januari 2012 Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP dengan bangganya mengumumkan perisytiharan palsu harta milik Exco untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011. Kenapa PALSU?
Dalam pengumuman itu Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh diumumkan sebagai Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri itu. Antara yang diisytiharkan Phee Boon Poh ialah;
i. Memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.
ii. memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.
iii. Memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.
Lim Guan Eng didapati isytihar Akaun simpanan tetapi Phee Boon Poh tidak. Jadi dari mana lebih RM 2 juta? |
Tiada pengisytiharan wang simpanan akaun Phee Boon Poh ketika itu. Malah selepas dari itu tidak pernah ada lagi pengumuman lain termasuk dalam akaun simpanan Phee Boon Poh. Hanya selepas ditahan SPRM ditemui lebih RM2juta. Persoalannya dari mana pula akaun lebih RM2juta yang disita dan dibeku SPRM Phee itu? Bukankah apa yang diisyhtiharkan sebelum itu palsu?
18 Ogos lalu media mendedahkan SPRM telah menyita 4 akaun simpanan Phee Boon Poh melebihi RM 2 juta. Ya Phee Boon Poh Exco paling kaya tetapi kenapa Phee sembunyikan akaun yang SPRM sita itu? Jangan fikir orang kaya tidak melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Mereka lagi pakar.
Sumber juga mendedahkan Phee Boon Poh bukan sahaja salah guna kuasa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 untuk mengarahkan MPSP, kawtim Jabatan Alam Sekitar selama 9 tahun itu malah menerima rasuah daripada pemilik kilang haram itu Gan Buck Hoe, 70 dan anaknya Edmund Gan Eu Lee, 37.
Jika tidak mana mungkin Phee Boon Poh pertahankan kilang haram ini dalam sidang Dun serta bertolak ansur selama 10 tahun.
Sebab itu Lim Guan Eng dan para peguam Phee Boon Poh berusaha keras mengeluarkan Phee Boon Poh dan pemilik kilang itu. Sehingga pemilik kilang pun mereka berusaha dikeluarkan dari reman. Memang ada sesuatu yang menakutkan DAP.
Amat pasti Phee Boon Poh bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi.