Quantcast
Channel: MASTER DEDAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 216

SYABAS SPRM! SERBU PEJABAT TERESA KOK KERANA TIPU SENARAI PENERIMA DANA YAWAS

$
0
0



Selepas laporan demi laporan dari Dato'Sri Jamal Yunos Pengerusi Gabungan NGO Malaysia dan pelbagai pihak terhadap Teresa Kok Ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama. 

Sumber SPRM ketika dihubungi media mengesahkan serbuan itu. Pembantu ahli parlimen Seputeh, Alice Lan yang ada di pejabat Teresa mengesahkan SPRM meminta dokumen asal dan membuat salinan dokumen berkaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).



Teresa Kok sebelum ini sekejab mengaku sekejab tidak menerima dana YAWAS dikatakan terlibat menyeleweng dana itu dan memberikan senarai palsu penerima dana itu. 

Walau bagaimanapun Teresa Kok dan Malaysiakini menafikan ia satu serbuan ia hanya satu 'lawatan'. Jelas DAP, Teresa dan Malaysiakini merasa tercalar dengan serbuan SPRM ini. Sebelum ini jika ada pemimpin BN atau UMNO diserbu atau disiasat SPRM merekalah yang paling cepat untuk membuat spekulasi. 

Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, yang sebelum ini membawa dokumen Yawas ke pejabat SPRM selepas dilaporkan Jamal berkata serbuan ke pejabat Kok di Kuchai Lama bertujuan menakutkan pemimpin pembangkang Selangor. Barangkali sebab itu sebelum diserbu adun DAP bergegas ke SPRM. Menurut Yeo Bee Yin dokumen asal disimpan di pejabat tanah. Menjadi kemusykilan mengapa dokumen asal berkaitan Yawas dan akaunnya, kini ada di pejabat tanah dan daerah dan berharap serbuan dibuat ke pejabat tanah. Dan kalau semua dokumen dah ada mengapa perlu beliau sendiri menghantar dokumen ke SPRM? 

Terbaru Teresa Kok akan menyaman Dato' Sri Jamal. Apa Jamal kisah? Apakah rakyat kisah? yang rakyat tahu SPRM serbu pejabat Teresa dan dia siasat. Ini sudah cukup. 

Tahniah kepada SPRM yang berani bertindak. Ini SPRM Zaman Datuk Dzulkifli Ahmadlah! tidak pilih bulu.DAP pun boleh terkencing!

Viewing all articles
Browse latest Browse all 216