Nampaknya giliran dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menjadi skandal besar perlu ditangani oleh Azmin Ali selaku Pengerusi Yawas. Berbelanja RM500 juta setahun tentu mengundang perhatian besar dari netizen. Pelantikan Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar yang muflis dan penyelewengan dana SMUE pasti menjadi beban baru buat Azmin.
Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh yang tidak mengaku menerima dana SMUE mengubah pendiriannya kurang 24 jam untuk menerima dana itu. Barangkali Teresa tidak perasan bahawa pemberian dana itu di masukkan dalam portal Kerajaan Selangor sendiri.
Apa yang menjadi pertikaian ialah kewajaran bagi pewujudan / kelolaan SKIM USIA EMAS di luar kawasan Selangor sama ada ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. 9 Parlimen termasuk Seputeh yang bukan dari Negeri Selangor. Jadi bagaimana Ahli Parlimen Seputeh tidak mengaku?
Turut disenarai Ahli Parlimen Cheras, Segambut dan Wangsa Maju |
"SPRM wajar menyiasat senarai nama yang diberikan oleh Teresa Kok di Parlimen Seputeh begitu juga di 8 lagi Parlimen di luar Selangor. Apakah wujud penipuan atau salah guna kuasa dana SMUE itu."
Sehubungan itu cabaran kepada Kerajaan PKR Selangor mendedahkan senarai penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh beberapa pemimpin PKR dan DAP adalah amat wajar. Orang awam hendak tahu betul atau tidak peruntukan besar untuk SMUE yang menggunakan wang rakyat itu sampai kepada penerimanya. Ini kerana terdapat aduan hanya menerima RM 1000 sahaja.
Wang dana Yawas ini masukkan dalam akaun Ambank Ahli Parlimen dan boleh dikeluarkan dengan Kad ATM.
Apakah benar Teresa Kok dan beberapa MP PKR DAP membuat penipuan senarai nama? Aduan seperti ini sepatutnya SPRM Siasat apatah lagi yang menguruskan dana Yawas ini seorang yang MUFLIS.
Teresa Kok mempunyai sejarah rasuah yang telah dilaporkan kepada SPRM sejak 2014. Sehingga ke hari ini tidak ada keputusan kes tersebut. Apakah Teresa Kok terlalu kebal?
Apakah juga kali ini kisah Dana Yawas dalam SMUE Teresa terlepas jugak? Beranikah Teresa saman Dato Sri Jamal Yunos?