Quantcast
Channel: MASTER DEDAH
Viewing all 216 articles
Browse latest View live

SPRM LAPOR POLIS BLOG MILOSUAM FITNAH KES JABATAN AIR NEGERI SABAH TIADA UNSUR RASUAH!

$
0
0


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan dakwaan kononnya telah mengesahkan tiada unsur rasuah dalam kes Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Menurut SPRM, dakwaan yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab itu adalah tidak benar sama sekali dan mengelirukan masyarakat.

Sehubungan itu, SPRM akan memantau dan mengkaji segala berita tidak sahih yang dimuat naik di mana-mana laman media sosial untuk memastikan tiada mana-mana pihak cuba mencemarkan reputasi suruhanjaya itu.

“Pengurusan Tertinggi SPRM sedang menimbang untuk membuat aduan polis terhadap mereka yang menyebar fitnah dalam media sosial supaya tindakan undang-undang diambil terhadap mereka,” 


Semakan menunjukkan sebaran asal kenyataan itu adalah dari blog pembangkang milosuam yang memutar belitkan surat jawapan maklum balas janaan komputer tanpa tandatangan bertarikh 29 Disember 2016 berhubung kes rasuah jabatan air di negeri Sabah itu. Surat tanpa tandatangan tidak sah itu digunakan memesongkan fakta sebenar.

Pemilik blog milosuam ini pernah disiasat dan ditahan PDRM pada tahun 2013 berhubung kenyataan fitnah mereka berhubung pengundian awal dalam PRU ke13 lalu dan juga ketika isu pencerobohan di Lahad Datu. 



Polis pernah menahan aktivis media sosial, Yusuf Al Siddique Suratman atau
lebih dikenali sebagai Milo Suam. sila baca 

SPRM dalam jawapannya menegaskan kesalahan di bawah AMLATFPUAA 2001 melibatkan hasil wang haram yang diperolehi daripada kesalahan mengikut Akta SPRM 2009 oleh perasuah.

Ketiga- tiga tertuduh ialah Ag. Mohd Tahir Mohd Talib, 54 dan isterinya Fauziah Ag. Piut, 51 serta Lim Lam Beng, 62 telah dituduh di mahkamah.

Ag. Mohd Tahir didakwa dengan 12 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Manakala Fauziah dan Lam Beng masing- masing didakwa dengan 19 pertuduhan yang bernilai RM 2.2 juta dan empat pertuduhan yang bernilai RM 2.38 juta di bawah Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001.

Oleh itu adalah wajar SPRM melaporkan kepada PDRM kepada pemilik blog milosuam dan kepada pihak-pihak yang terlibat sebagai pengajaran kerana memutarbelitkan fakta tanpa merujuk terlebih dahulu kepada SPRM. Padan muka!



BEKAS MENTERI DAN NAIB PRESIDEN PARTI TEMPATAN DI SABAH DI TAHAN SPRM?

$
0
0


Seorang bekas menteri dan Presiden sebuah parti tempatan Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan ke atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 

Seorang lagi Naib Presiden parti yang juga Presiden Kadazan Dusun Murut (KDM) dikatakan terlibat rasuah dengan bekas menteri itu

Walau bagaimanapun, sumber mengesahkan bahawa siasatan masih diteruskan dan butir-butir akan didedahkan dalam satu kenyataan kemudian.


Inilah bakal berita minggu depan yang menjadi harapan dan impian rakyat Sabah. Mereka mahu pemimpin rasuah dihukum. 

DOKUMEN MENTERI BESAR SELANGOR BAYAR RM16 JUTA UNTUK DAPAT KOMISEN TERDEDAH!

$
0
0




Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) pemilik UNISEL mengesahkan pembayaran MBI RM 10 juta pendahuluan kepada Jana Niaga Sdn Bhd sebagai ''kompromi'. Terma ini ditukar kepada "Penyelesaian"

Walaupun Ahli Lembaga Pengarah telah menolak tetapi bayaran telah lebih awal dibuat. Bayaran sebesar RM 10 juta pastinya dari seorang yang bergelar Menteri Besar selaku Pengerusi syarikat. Kenapa bayar jika perbicaraan di mahkamah syarikat JNSB telah kalah dua kali?
Sumber berkata kontraktor membayar Azmin komisen untuk MBI membayar pendahuluan RM 10 juta itu dan dalam masa sama kontrak JNSB disambung semula. Bukan itu sahaja RM 6 juta lagi dibayar. 

Lebih memeranjatkan Exco Pendidikan Nik Nazmi Nik Ahmad yang berkata syarikat JNSB tiada kontrak di Unisel adalah tidak benar kerana beliau terlibat menandatangani minit mesyuarat persetujuan Ahli Lembaga Pengarah YS Sdn Bhd (PIYSB) beri kuasa kepada CEO MBI termasuk membayar RM16 juta kepada syarikat.
Apakah sebab ini Azmin takut menandatangani Ikrar Bebas Rasuah?

Patutlah Pengurusan UNISEL membantah tindakan Menteri Besar Incorprated (MBI).



Lain-lain berkaitan; Sila baca


Juga dokumen dalam Selangor-Leaks

TERBONGKAR! 4 AKAUN EXCO PULAU PINANG LEBIH RM2 JUTA DISITA SPRM TIDAK PERNAH DIISYTIHAR ?

$
0
0

13 Januari 2012 Lim Guan Eng dan Kerajaan DAP dengan bangganya mengumumkan perisytiharan palsu harta milik Exco untuk tempoh 8 Mac 2008 hingga 31 Disember 2011. Kenapa PALSU? 

Dalam pengumuman itu Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh diumumkan sebagai Exco yang paling kaya berdasarkan borang perisytiharan harta Kerajaan Negeri itu. Antara yang diisytiharkan Phee Boon Poh ialah;
i. Memiliki beberapa rumah dan tanah di Pulau Pinang dan New Zealand dengan nilai keseluruhan RM1.39 juta.
ii. memiliki sebuah kereta jenis Alphard yang bernilai RM169,000.
iii. Memiliki beberapa unit saham antaranya 7,667 unit saham Amprop, 55,000 unit di Bursa, Dutaland Berhad (5,667), Pan Malaysian Ind Bhd (60,000) dan Jutajaya Holding Bhd (10,000) selain saham amanah iaitu 1.14 juta unit di Gain Assure dan 293,399 unit Global Infrastructures Fund.

Lim Guan Eng didapati isytihar Akaun simpanan tetapi Phee Boon Poh tidak. Jadi dari mana lebih RM 2 juta?

Tiada pengisytiharan wang simpanan akaun Phee Boon Poh ketika itu. Malah selepas dari itu tidak pernah ada lagi pengumuman lain termasuk dalam akaun simpanan Phee Boon Poh. Hanya selepas ditahan SPRM ditemui lebih RM2juta. Persoalannya dari mana pula akaun lebih RM2juta yang disita dan dibeku SPRM Phee itu? Bukankah apa yang diisyhtiharkan sebelum itu palsu?

18 Ogos lalu media mendedahkan SPRM telah menyita 4 akaun simpanan Phee Boon Poh melebihi RM 2 juta. Ya Phee Boon Poh Exco paling kaya tetapi kenapa Phee sembunyikan akaun yang SPRM sita itu? Jangan fikir orang kaya tidak melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Mereka lagi pakar.


Sumber juga mendedahkan Phee Boon Poh bukan sahaja salah guna kuasa dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 untuk mengarahkan MPSP, kawtim Jabatan Alam Sekitar selama 9 tahun itu malah menerima rasuah daripada pemilik kilang haram itu Gan Buck Hoe, 70 dan anaknya Edmund Gan Eu Lee, 37.

Jika tidak mana mungkin Phee Boon Poh pertahankan kilang haram ini dalam sidang Dun serta bertolak ansur selama 10 tahun.


Sebab itu Lim Guan Eng dan para peguam Phee Boon Poh berusaha keras mengeluarkan Phee Boon Poh dan pemilik kilang itu. Sehingga pemilik kilang pun mereka berusaha dikeluarkan dari reman. Memang ada sesuatu yang menakutkan DAP.

Amat pasti Phee Boon Poh bakal didakwa di mahkamah tidak lama lagi. 


KES RASUAH LIM GUAN ENG: SPRM PERLEKEH PEGUAM NEGARA SEPERTI ORANG 'BODOH' DAN TIDAK TAHU KERJA?

$
0
0


Sejak bila SPRM menjadi pemutus kalau keterangan tidak mencukupi maka tiada undang-undang diambil? BUKAN FAIL TU KALAU TIDAK LENGKAP BOLEH LEMPAR SEMULA KEPADA PEGAWAI SPRM?

1. Pihak admin sudah menjangka dengan janji sebulan SPRM sejak 6 dan 7 Mei lalu. Bukan kali pertama SPRM berjanji. Bertemu Lim Guan Eng pun memerlukan lebih 50 hari berbuat demikian. Admin juga telah menjangka pada 22 Mei 2016 Ahad lalu apabila pasukan SPRM mengadakan pemeriksaan rumah Lim Guan Eng. The Star menulisnya sebagai "MACC raids Guan Eng home"namun telah mengubah tajuk itu sebagai Lawatan ke rumah Lim Guan Eng. SPRM sedang mengutip untung " Persepsi"betapa mereka melaksanakan kerjanya. 

2. SPRM nampaknya dalam kenyataan media pada 25 Mei 2016 telah menunjukkan betapa mereka tidak melanggar janjinya iaitu menghantar laporan kepada Peguam Negara sebelum penghujung bulan Mei ni. Ini menepati ramalan admin betapa SPRM jika benar menyiapkan laporannya bermakna jangkaan penghujung Mei atau sebelum 8 Jun. 


3.  Kenyataan Media SPRM seperti berikut:


SPRM LENGKAPKAN SIASATAN TERHADAP LIM GUAN ENG 

BERHUBUNG siasatan SPRM terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, SPRM telah melengkapkan siasatan tersebut dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk membuat keputusan ke atas kertas siasatan yang dikemukakan kepadanya.  

Sekiranya Tan Sri Mohamed Apandi berpuas hati terhadap keterangan kertas siasatan yang dikemukakan, maka tindakan undang-undang yang sewajarnya akan diambil.  

Sebaliknya, sekiranya siasatan SPRM didapati tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.  

Perkara tersebut adalah selaras dengan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara.
          SPRM, 25 Mei 2016 



4. Apabila kita membaca keseluruhan kenyataan media SPRM hari ini yang memaklumkan mengenai laporan kes Lim Guan Eng telah dihantar kepada Peguam Negara betapa sebenarnya SPRM sejak dulu memperlekeh Peguam Negara. Mereka seperti melihat Tan Sri Peguam Negara sebagai orang "bodoh" dan tidak tahu tugasnya. SPRM mahu menunjukkan kepada rakyat seolah-olah Peguam Negara tidak mengetahui Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan yang mana kuasa mendakwa adalah di tangan Peguam Negara. Jika Peguam Negara puas hati maka ambil tindakan, jika Tan Sri Mohamed Apandi mendapati siasatan tidak mempunyai keterangan yang mencukupi, maka tiada tindakan undang-undang diambil.Wow!.....



5. Apa perlunya SPRM membuat kenyataan media seperti itu? Kenyataan Media kebudak-budakan. Bagi tahu Laporan Lengkap dah hantar kepada Peguam Negara sudahlah untuk tindakan Peguam Negara selanjutnya. Itu tugas Tan Sri Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara tidak perlulah nak ajar boleh dakwa atau tidak. Jika tidak lengkap maka Peguam Negara boleh menghantar semula kepada SPRM untuk dilengkapkan bukan tugas SPRM memutuskan tiada undang-undang diambil atau tidak! 

6. SPRM hendak tunjuk kepada rakyat dia buat kerja dan yang tidak buat kerja tu Peguam Negaralah. SPRM hendak bagitau dulupun semasa siasatan dana RM2.6b mereka dah hantar laporan tetapi ditolak oleh Peguam Negara. Jadi kali ini kena beritahu rakyat betapa bukan salah mereka kalau Peguam Negara tolak. 

7. Siapalah pegawai Media Korporat yang menyediakan Kenyataan Media SPRM ni. Kalau dendam dengan Peguam Negara pun buang sedikit rasa emosi terbuku tu. Bukan kenyataan media yang mengajar Peguam Negara apa yang perlu dibuat.


SURAT TERBUKA BUAT TAN SRI MOHAMED APANDI PEGUAM NEGARA YANG KAMI KASIHI UNTUK MENGAJAR SPRM & MENDAKWA LIM GUAN ENG


8. Kepada Tan Sri Mohamed Apandi Peguam Negara kami mendoakan kesihatan dan diberikan kekuatan melaksanakan tugas untuk mendakwa Lim Guan Eng Kafir DAP laknat ini. Sekali lagi Kami sangat berharap Tan Sri mendakwa Lim Guan Eng. Kami tidak tahu apa laporan yang dikemukakan oleh SPRM kepada Tan Sri. Lengkap bagaimana yang SPRM maksudkan?. Hanya Tan Sri dapat menilai.

Jelas Phang Li Khoon punya hubungan dengan Tong Yong Chew dan kerajaan negeri
9. Apa yang kami tahu semua pihak telah berjaya menunjukkan bukti betapa Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri telah membeli rumah banglo Phang Li Koon di bawah harga pasaran RM2.8 juta. Phang Li Khoon sebagai rakan niaga Tong Yong Chew Pemilik KLIDC dan terbaru hari ini apabila menunjukkan Phang Li Khoon bersama Tong Yong Chew melalui syarikat Magnificient Emblem Sdn Bhd dalam projek PDC membina asrama pekerja di Pulau Pinang. 

10. Ini jelas terdapat hubungan rasmi dan istimewa antara Lim Guan Eng dengan Phang Li Khoon. Kami yakin Tan Sri lebih arif dan mengetahui. Kami meyakini Tan Sri boleh melihat lebih terperinci.


11. Tan Sri Peguam Negara, masih ingatkah Tan Sri mengenai kertas siasatan SPRM SRC dan RM2.6b itu selepas Tan Sri mengumumkan Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak tidak melakukan sebarang kesalahan? Reaksi pegawai SPRM sangat jelas ada kalangan mereka mencabar, mahu merayu malah dirujuk lagi kepada Panel SPRM seolah-olah Panel SPRM lebih besar dari Peguam Negara. Warna-warna pegawai SPRM jelas kelihatan.

12.  Tan Sri Peguam Negara, sikap pegawai SPRM nampaknya masih belum berubah selepas penangkapan para pegawainya yang didapati membocor dokumen siasatan. Lihat saja cara SPRM mahu menunjuk kepada rakyat seolah-olah semua pendakwaan salah Tan Sri. Kalau lengkap mereka lapor dakwalah, kalau tidak lengkap tiada pendakwaan dan tutup kes. Dah kawtim agaknya. Senyum Lim Guan Eng.

13. Apakah pegawai SPRM akan merayu sehingga ke Panel SPRM sekiranya Tan Sri Peguam Negara menolak kes ini sebagaimana kes SRC dan RM2.6B? Dan sekali lagi Tan Sri menggunakan kuasa Tan Sri untuk menyatakan kuasa Peguam Negara tidak boleh dicabar?


14. Tan Sri Peguam Negara jika dalam kes Dr Khir Toyo beliau didakwa dibawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan, punya hubungan rasmi penjual rumah, Lim Guan Eng KM Pulau Pinang sebagai "penjawat awam"yang mempunyai pengaruh dan kuasa membuat pengumuman dalam Mesyuarat Exco Negeri atau Lembaga Perolehan Negeri mempunyai hubungan "rasmi" dengan Phang Li Khon (Penyewa dan penjual rumah banglo) dibawah harga pasaran. Terbukti seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi. 

15. Pihak SPRM dan pendakwa jelas telah mencari segala cara untuk mendakwa Dr Khir Toyo. Jika siasatan  SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng bermakna SPRM terlibat merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dr Khir Toyo dulu. 

SEMOGA MENJADI REALITI


UNISEL, MBI DAN JANA NIAGA DISERBU SPRM, AZMIN MB LARI KE ZURICH? ADA YANG KECUT!

$
0
0


Tahniah SPRM. Kerja yang sangat cemerlang. Akhirnya Unisel dan MBI diserbu SPRM hari ini. 


Selangor bergegar lagi. Azmin Ali MB Selangor yang berada di Zurich pasti terperanjat dan terbatuk. Raja Shahreen CEO MBI yang mengerjakan haji pun pasti tersentap.





Pendedahan demi pendedahan dilakukan termasuk bayaran RM 10 dan RM 6 juta kepada Syarikat Jana Niaga Sdn Bhd yang terbukti gagal laksana kontrak malah kalah di mahkamah sebelum ini.

Dokumen salah guna kuasa dan rasuah Azmin Ali, CEO MBI dan mereka yang terlibat didedahkan sebelum ini. Boleh rujuk di sini


Nik Nazmi Nik Ahmad Exco Pendidikan Selangor dalam kenyataannya Jana Niaga tidak punya kontrak namun bertentangan dengan dokumen yang didedahkan Unisel dan MBI. Nik Nazmi wajar disiasat kerana menipu.


Kredit: sumber gambar Captain M


Azmin Ali malam ni tidur tak lena. Jadi bagaimana dengan Shafie Apdal di Sabah. Tidur lena tak?



SEBENARNYA SINGKIR MANIKAVASAGAM ELAK PKR MALU JIKA KES RASUAH RM30,000 DIBUKA SEMULA

$
0
0

PKR pada 25 Ogos lalu 
mengumumkan keahlian bekas Ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam (Ketua Cabang PKR Kuala Selangor) digantung selama 2 tahun atas alasan memfitnah Anwar Ibrahim April 2017 kononnya menerima wang RM300,000-RM400,000 daripada Oms Thiyagarajan kerana tidak mencalonkannya sebagai calon Parlimen Kapar.


Apakah anda percaya? Ini semua alasan sahaja kerana Manikavasagam adalah pemimpin PKR yang terlibat dengan kes rasuah ketika pilihanraya kecil Sg Besar. Kes ini kecoh tahun 2016. Malah Manikavasagam adalah antara pemimpin PKR yang mendedahkan rasuah "Geng Kartel" Azmin Ali sehingga menyebabkan kontroversi kepada Kerajaan Negeri Selangor.

Kisah rasuah Manikavasagam dan krononologi kes boleh didapati di sini;


Kes Hilman Idham melarat sehingga disiasat SPRM malah termasuk dalam laporan SPRM Rafizi Ramli mengenai "Geng Kartel" dan rasuah seks

Mesej Aplikasi WhatApps bersama pemilik
Syarikat Silver Nine 


DI SINI: 15 Jun 2016 Kereta (hitam) Manikavasagam menunggu wang rasuah tiba di perkarangan Petronas Klang Central sebelum ditangkap oleh SPRM atas kesalahan meminta dan menerima rasuah RM30,000.00 dan di tahan oleh SPRM sehari sebelum di lepaskan dgn jaminan mulut RM3,000 dan jaminan tunai RM7,000.00 

Menurut sumber Kes rasuah Manikavasagam belum ditutup oleh SPRM Selangor. Dengan keadaan panas siasatan SPRM Skandal Unisel - MBI ada kemungkinan kes ini bakal meletup semula dan bakal memalukan PKR. Jalan terbaik PKR ialah menggantung Manikavasagam. 



















RASUAH UNISEL: KINI DOKUMEN JANA NIAGA PULA DIDEDAHKAN! APA HUBUNGAN AZMIN DAN CEO MBI?

$
0
0


1. Setelah didedahkan pelbagai dokumen sebelum ini iaitu surat MBI kepada Unisel yang memaksa penyelesaian pertikaian dengan Jana Niaga, jawapan balas Naib Canselor Unisel yang mempertikaikan keputusan MBI, dokumen baucer bayaran RM 10 juta dan RM6 juta serta dokumen mahkamah kini dokumen berkaitan Jana Niaga Sdn Bhd pula didedahkan. Menurut rekod SSM pemilik Jana Niaga Azman Abd Karim dan Abdul Majid Abd Karim turut memiliki Syarikat Jana Niaga Holding Sdn Bhd. 

2. 24 Ogos lalu selepas serbuan SRPM terhadap Unisel, MBI dan JNSB Tan Sri Khalid Ibrahim bekas MB Selangor dalam kenyataan medianya mendedahkan kontrak JNSB telah ditamatkan pada 2013 kerana kegagalan Syarikat JNSB mematuhi kontraknya. JNSB turut menawarkan Kerajaan negeri mengambil alih hutang JNSB namun kerajaan negeri masa itu sudah membuat keputusan menolak. Tiada permohonan Timbang Tara dibuat oleh JNSB. Yang pasti kes mahkamah Tinggi 2012 dan Mahkamah Rayuan juga menolak rayuan JNSB. Kalah!.

3. Namun ahli Lembaga Pengarah PIYSB membuat ketetapan menyerahkan kuasa penyelesaian pertikaian Unisel dan JNSB kepada YM Raja Shahreen CEO MBI. Disinilah titik permulaan penyelewengan dana MBI.

4. Mengapa syarikat yang gagal malah rugi dengan banyak hutang ini dibantu oleh Azmin Ali? Apa hubungan Azmin Ali dan CEO MBI dengan Jana Niaga? Syarikat mempunyai banyak hutang, malah diisytihar rugi namun mempunyai aset yang banyak. JNSB memanfatkan bayaran dari Unisel dan MBI untuk membayar lialiti hutang dan juga pembelian aset. JNSB kelihatannya mengeluarkan wang dan membeli aset.

17 Mac 2015 Setuju dengan penyelesaian pertikaian- Tanpa Timbang Tara

19 Mac 2015- Setuju  bayar RM10 juta mobilisasi kepada JNSB- Dalam dokumen MBI Kontrak Sambung.Klausa 4.7 &4.9 -Dipertikaikan oleh Naib Canselor Unisel selepas itu

Baucer bertarikh 9 Mac 2015 (lebih awal) namun ditandatangani oleh JNSB oleh Azman Abdul Karim pada 20 Mac 2015 sehari selepas surat MBI memaklumkan surat bayaran

Siapa pemilik Syarikat Jana Niaga Sdn  Bhd & Jana Niaga Holdings Sdn Bhd
















GARA-GARA SUBAHAT DENGAN CLARE REWCASTLE SR, SKANDAL NAWAR FMT DAN ZAIRIL DIDEDAH SEMULA!

$
0
0
Kredit Infografik: Wa Sengat Lu -
Skandal wartawan FMT dengan Zairil didedahkan
Gara-gara artikel Nawar Firdaws wartawan portal Free Malaysia Today yang bersubahat dengan Clare Rewcastle-Brown editor Sarawak Report melaporkan blog thethirdforce.net sebagai blog propaganda , TTF mendedahkan semula siapa Nawar Firdaws yang punya skandal seks dengan Zairil Khir Johari MP Bukit Bendera.

Skandal Zairil Khir Johari bersama Dyana Sofea dan Nawar Firdaws banyak dibangkitkan dalam blog www.kamikazenews.wordpress.com Baca di sini  Dalam pilihanraya negeri di Sarawak, Nawar menjadi kuda tunggangan DAP untuk memberi keutamaan menyiarkan berita mengenai Zairil!. Blog berbahasa Inggeris boleh dibaca dalam Seademon Says. 






Sehingga ke hari ini FMT dan Nawar tidak pernah menjawab isu Skandal dengan Zairil ini. 

Terdedahnya video mesra berpegang tangan Zairil dan Nawar menambahkan lagi pedih skandal Zairil yang bukan sahaja dengan Dyana tetapi dengan Nawar Firdaws.



Oleh itu adakah serangan dan subahat FMT dengan Clare Rewcastle-Brown SR menggunakan Nawar Firdaws menyerang TTF memberikan keuntungan kepada Nawar dan DAP?

Atau hanya akan mengungkit kembali Skandal Zairil- Nawar yang sudah tidur!


APABILA MUFTI PERLIS TERIMA HADIAH RASUAH MOTOSIKAL DAN NOMBOR DM424 (DMAZA)!

$
0
0
APA MOTIF? BERMEGAH TERIMA HADIAH RASUAH?

Bolehkah seorang penjawat awam menerima hadiah yang tiada kaitan tugas rasminya ?



Boleh diterima tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi makdsud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM 500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A PP 3/98. Walau bagaimanapun jika nilainya melebihi RM 500.00 ianya boleh diterima dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai. ( Rujuk Para 7 PP 3/1998 ) Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan. ( Rujuk Para 8 PP 3/1998 )

Jadi boleh anda bayangkan seorang Mufti Perlis bernama Dr Mohd Asri Zainal Abidin (Dr Maza) yang dulu terpalit dengan skandal NGO IQ Malaysia kerana meminta sumbangan derma dan jual meja RM30k- juga kes tanggungan penerbangan/penginapan (yang juga bertentangan pekeliling penjawat awam) kini bermegah pula menerima hadiah sebuah motosikal dan nombor plate DM424 (DMAZA). 

Apa motif Dr Maza menunjuk hadiah? Bermegah? Itu jika kita katakan penjawat awam yang menerima hadiah yang tiada kaitan dengan tugas rasminya. Bagaimana pula jika si pemberi hadiah nombor pendaftaran itu bersekali dengan motosikalnya seorang berkepentingan atau pernah berurusan dengan tugas mufti itu? jadi menjadi isu siapa sahabat yang memberi hadiah itu? Dr Maza perlu jelaskan dan SPRM perlu siasat perkara ini!.

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 1998 Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan hadiah dalam Perkhidmatan Awam
 jelas menjelaskan takrif hadiah dan juga hadiah yang boleh diterima atau tidak.

Dalam konteks hadiah yang diterima oleh Dr Maza nilainya kurang ¼ daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi maksud hadiah yang diberi? berapakah harga motor dan harga nombor pendaftaran itu? RM 500 atau melebihi? Apakah Dr Maza dalam keadaan seperti terima hadiah dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan pegawai dan perkahwinan pegawai?

Tidak bukan? Jadi mengapa terima hadiah? Sila telitikan






Nampak tak? Hadiah susah payah Motor dan nombor pendaftaran DM424  dicari diberi kepada Dr Maza dianggap sebagai hadiah ikhlas. Pemberian ikhlas seperti yang Dr Maza katakan tidak sama dengan pekeliling perkhidmatan serta konsep rasuah dari pandangan Dr Maza Mufti Perlis itu. Rasuah tetap rasuah pak Mufti?Ia sangat bertentangan dengan pekeliling pemberian dan penerimaan hadiah.




Sekarang mari kita bertanya sekali lagi dengan Dr Maza rasuah Motosikal dan nombor pendaftaran DM424 siapa sahabat beri dia, nama sahabat itu?apa kepentingan sahabat itu beri hadiah? Dan apakah beliau setuju bahawa beliau melanggar Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 1998 Garis Panduan Pemberian dan Penerimaan hadiah dalam Perkhidmatan Awam?



Kepada pihak di luar sana mohon melaporkan kepada SPRM dan mohon SPRM menyiasatnya!


ADIK SIVARASA MP SUBANG 'KAKI PAW' AKHIRNYA DITAHAN SPRM KERANA RASUAH!

$
0
0


"Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga". Akhirnya media melaporkan SPRM menahan Naveen Kularasa Rasiah  yang juga seorang setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah bagi membantu siasatan kes rasuah dalam isu berkaitan imigresen. 

Naveen Kularasa Rasiah bersama pembantu peribadi dan kerani Ahli Parlimen Subang itu ditahan kerana dipercayai terlibat dalam perbuatan rasuah membabitkan wang bernilai RM20,000 

Naveen Kularasa Rasiah berusia 45 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Kuala Lumpur kira-kira jam 8 malam tadi.

Menerusi maklumat awal yang diperoleh, syarikat milik pengadu dikatakan pernah membawa masuk pekerja asing bertaraf buruh menggunakan kelayakan profesional dan diketahui oleh ketiga-tiga suspek.

Pengadu mendakwa diminta menyediakan wang RM55,000 bagi menyelesaikan urusan berkaitan imigresen.

Lambat laun pasti akan tertangkap juga. Masterdedah sebelum ini pernah melaporkan perbuatan rasuah Naveen Kularasa Rasiah dan abangnya Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang ini berkenaan sindiket perumahan. Sila baca;



Dokumen yang terdedah menunjukkan syarikat atau kontraktor diminta membayar komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah yang juga MP Subang melalui syarikat guamannya Daim & Gamany yang dinamakan atas proksi Sivarasa Rasiah iaitu adiknya Naveen Kularasa Rasiah. 





Itu sindiket perumahan. Syarikat diminta memberi komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah. Jika Projek Rumah Selangor ku Idaman PKNS dibina dengan kos RM200-300 Juta agaknya berapa? Jutaan ringgit diterima oleh Sivarasa Rasiah. Elok SPRM serbu pejabat guaman Daim & Gamany. Banyak dokumen boleh ditemui berkaitan komisen rasuah. 

Urusan imigresen ini mungkin tertangkap RM20k hingga RM55k. Mungkin banyak lagi.

Apapun syabas SPRM!. Ia kerja yang sangat cemerlang!

BEKAS MENTERI DAN NAIB PRESIDEN PARTI TEMPATAN DI SABAH DI TAHAN SPRM?

$
0
0


Seorang bekas menteri dan Presiden sebuah parti tempatan Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan ke atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa ketika menjawat jawatan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) 


Seorang lagi Naib Presiden parti yang juga Presiden Kadazan Dusun Murut (KDM) dikatakan terlibat rasuah dengan bekas menteri itu

Walau bagaimanapun, sumber mengesahkan bahawa siasatan masih diteruskan dan butir-butir akan didedahkan dalam satu kenyataan kemudian.


Inilah bakal berita minggu depan yang menjadi harapan dan impian rakyat Sabah. Mereka mahu pemimpin rasuah dihukum. 

KAMI BERI ISYARAT PENAHANAN RASUAH PETER ANTHONY, PENYOKONG WARISAN TAK PERCAYA. SETERUSNYA SHAFIE!

$
0
0


Ketika masterdedah menyiarkan berita parodi Shafie Apdal dan Peter Anthony pada 19 Ogos lalu dengan petikan 
"Inilah bakal berita minggu depan yang menjadi harapan dan impian rakyat Sabah. Mereka mahu pemimpin rasuah dihukum"

Penyokong dan pendokong parti Warisan marah sehingga melaporkan kepada pihak polis.  Kini kebenaran itu telah muncul dengan tertangkapnya Datuk Peter Anthony Naib Presiden Parti Warisan antara proksi Shafie Apdal yang kaya raya hasil projek KKLW.


Norhartaty Rahmat bekas Timbalan Setiausaha Bahagian Infrastruktur KKLW ditahan reman selama 6 hari kes rasuah RM180 juta. Apa boleh Hartaty dedah selama 6 hari? "saya ikut arahan Shafie Apdal saja". Kalau Hartaty bodoh dia masuklah penjara. Kalau dia cerdik Shafie masuklah SPRM. Pilihan ditangan Hartaty


Shafie Apdal mungkin selepas ini. Harap SPRM siapkan baju 'Lokap SPRM'saiz M untuk Shafie Apdal.

SELEWENG PROJEK RM2.9B KKLW DI SARAWAK OLEH PROKSI SHAFIE APDAL PULA DIDEDAHKAN!

$
0
0

Selepas dilaporkan media Shafie Apdal tidak ditangkap pada 24 Ogos lalu nampaknya penangkapan Shafie Apdal semakin hampir kini apabila SPRM melaporkan akan menangkap Shafie Apdal jika ada bukti. Sejumlah RM1.5 bilion dana diseleweng dari RM7.5bilion projek KKLW ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW.

Penyelewengan ini bermaksud termasuk penerimaan dan pemberian komisen projek dari syarikat yang digunakan oleh Shafie Apdal melalui adik-beradik, keluarga, bekas pegawai Menteri, pegawai KKLW serta kontraktor. Komisen projek adalah ada 10 peratus hingga 25 peratus. Terdapat projek seperti Bekalan Air Luar Bandar, Elektrik, solar dan projek jalan di 'mark up' untuk pembayaran komisen Shafie Apdal melalui projek Rundingan Terus, tender terhad dan tender terbuka (teknikal yang dikawal oleh Shafie Apdal). Di Sabah kita serahkan kepada penyiasatan SPRM.

Penyelewengan Projek KKLW di Sarawak

Esawin Resources dan Citra Alti Sdn Bhd sapu projek elektrik

Jangan lupa Shafie Apdal juga selain mempunyai taikun Sabah beliau juga mempunyai proksi taikun taukeh Sarawak yang memberikannya dana komisen projek. Projek elektrik misalnya RM2.94 bilion diperuntukkan oleh KKLW dalam tempoh 2009 hingga penghujung 2015. Jadi penyelewengan dana projek Sarawak juga perlu disiasat SPRM.


Di Sarawak terdapat satu taikun yang banyak memonopoli projek Elektrik dan solar ketika Shafie Apdal menjadi Menteri. Taikun itu ialah Datuk Chew Chiaw Ann. Menggunakan beberapa syarikat untuk monopoli projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Projek dilaksana termasuk rundingan terus yang dipohon oleh Shafie Apdal kepada Kementerian Kewangan dengan justifikasi tertentu.

Syarikat iaitu;

1. Esawin Resources Sdn Bhd
2. Megan Alfa Sdn Bhd
3. Shorefield Sdn Bhd
4. Citra Alti Sdn Bhd 
5. Revenue Scope Sdn Bhd

Ratusan juta projek diperolehi oleh Syarikat ini atas kelulusan khas Dato' Seri Shafie Apdal Menteri KKLW. Pada tahun 2009 pernah berlaku kontroversi apabila Syarikat Esawin Resources Sdn Bhd milik Datuk Chew Chiaw Ann bukan bertaraf  bumiputera (hanya selepas kontroversi dimasukkan nama bumiputera), syarikat berdaftar bawah "General Trading" sahaja, tiada pengalaman, tiada CIDB dan lesen PKK kelas A sekali. Hanya selepas kontroversi baru ditukar kepada bidang 'Electrical Contractor'. Akhirnya diberi lesen selepas mendapat kelulusan projek KKLW itu secara KHAS. Esawin Resources pernah mendapat projek RM 80 juta secara rundingan terus dan banyak lagi.[Rujuk SSM di bawah]

Begitu juga Syarikat Shorefield Sdn Bhd yang mendapat projek berjumlah RM150 juta dan Syarikat Citra Alti Sdn Bhd. Syarikat Megan Alfa Sdn Bhd turut diberi projek Solar di Negeri Sarawak seperti Projek Solar Hibrid Bekalan Elektrik Luar Bandar di Baram  . Malah Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin pernah melawat projek ini bersama Datuk Chew Chiaw Ann. Sejak 2009 hingga 2015 syarikat-syarikat dikuasai oleh Datuk Chew Chiaw Ann lah paling berkuasa. 

Datuk Chew Chiaw Ann - Esawin Resources Sdn Bhd - SSM




Selepas kontroversi Datuk Chew Chiaw Ann mengubah lembaga pengarah namun beliau kekal memang saham dalam syarikat Esawin Resources Sdn Bhd





Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 menunjukkan syarikat milik Datuk Chew Chiaw Ann menunjukkan masalah lambat disiapkan dengan mendapat lanjutan masa (EOT). 




Shafie Apdal dan budak-budak Warisan bukan main berlagak lagi. Siap mencabar hendak dedah apa yang dia ada. Dedah sajalah. Ini masterdedah ni dedah projek Datuk Chew Chiaw Ann kroni Shafie Apdal. Elok juga SPRM panggil lagi adik Shafie Apdal yang lain atau terus saja masukkan Shafie Apdal. Adik-adik Shafie Apdal pun kontraktor Sarawak gunakan. Berlagak sangat. 



 

ANGKARA PEMBEKAL KONKRIT SAHABAT LIM GUAN ENG PROJEK PERUMAHAN DIRUNTUHKAN!

$
0
0

Kuat lakonan Lim Guan Eng dan Exco Perumahan Pulau Pinang ini. Wal hal kerjasama projek pembekal sahabat Lim Guan Eng

13 Oktober lalu
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengarahkan JKP Sdn. Bhd. (JKPSB) anak syarikat Menteri Kewangan supaya meruntuhkan rangka struktur binaan bangunan perumahan dua tingkat projek Mutiara Ria.


Katanya langkah tersebut adalah demi memastikan para pembeli rumah kos rendah (KR) dan kos sederhana rendah (KSR) di sini benar-benar mendiami unit kediaman yang selamat.

JKP Sdn Bhd (JKPSB) dalam sidang medianya 20 Oktober memaklumkan projek Jelutong merupakan projek usahasama JKPSB dengan Kerajaan Negeri pada tahun 2009. 

Projek ini terbantut apabila kegagalan ujian konkrit daripada pembekal konkrit yang mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang. (didedahkan kemudian). Pembekal konkrit ini adalah pembekal terkenal di Pulau Pinang yang biasa membuat kondominium dan perumahan di Pulau Pinang atas sokongan Lim Guan Eng.

Sehubungan itu JKP Sdn Bhd (JKPSB) meminta kerajaan DAP Pulau Pinang mewujudkan pasukan petugas untuk melakukan kaji selidik dan mengenal pasti projek-projek di negeri ini yang menggunakan kontraktor bagi projek Mutiara Ria dan Mutiara Rini, Jelutong, yang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan. Bukan mereka sahaja!


JKPSB turut memulakan proses perundangan terhadap kontraktor terbabit dan pihaknya telah membayar hampir RM30 juta sehingga kini melibatkan kedua-dua projek berkenaan.
 
Apakah terdapat unsur rasuah dan salahguna kuasa? Pembekal konkrit yang rapat dengan Lim Guan Eng ini mesti laporkan kepada SPRM.


SIAPA KATA SHAMSIDA TAHARIN ISTERI AZMIN MB TIDAK PANDAI GUNAKAN KEPENTINGAN ANAK SYARIKAT KERAJAAN SELANGOR?

$
0
0


1. Siapa kata Shamsida Taharin isteri Azmin Ali tidak pernah campur tangan urusan kerja Azmin Ali Menteri Besar Selangor? Malah Shamsida boleh membaca dokumen rahsia milik kerajaan serta membelanjakan peruntukan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) untuk NGO PEKAWANIS yang dipengerusikan oleh Shamsida. 

2. Selalu kita melihat pembangkang memerli segala gerak kerja Datin Seri Rosmah Mansur yang menjadi Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) dalam menaungi pelbagai program seperti PERMATA dan lain-lain lagi. 

3. Dulu Azmin dikatakan sanggup beri isterinya Shamsida kepada bosnya Anwar Ibrahim malah anaknya Afifah dikatakan anak Anwar. Begitulah Azmin sanggup lakukan apa sahaja untuk bosnya. Kita lihat siapa Shamsidar?






Shamsida menggunakan anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor PNSB untuk melaksanakan kerja-kerja PEKAWANIS,  pastinya ia adalah arahan Azmin Ali kerana kuasa ini hanya kuasa MB Selangor. Ia bukan wang NGO Pekawanis.Ini bukan campur tangan
kuasa dari Azmin Ali MB ke?





Shamsida siap boleh baca dokumen draf Bajet 2018 lagi. Dokumen yang sepatutnya hanya
untuk MB. 
Isteri tukang lapor segala kerja suami. Mesti nak dengar cakap isteri ni kalau cara macam ini.
siapa kata Shamsida tidak pandai bergaya dengan Handbag Chanel berjenama dan mahal purata harga RM8000 hingga RM20k? 

Inilah Mira Azmin kekasih Syed Saddiq Ketua Armada PPBM. Siapa kata dia tak pandai bergaya dengan  Handbag jenama Chanel harga RM5k ke 20k macam Shamsidar emak dia juga. Syed Saddiq terpikat kerana target pak jemin sebagai PM Pakatan Harapan. Lelaki tu pakcik dia nama Johan Taharin kaya raya projek Selangor, beli tanah dll.
Anak Azmin tak payah cakaplah. semua tahu



Viewing all 216 articles
Browse latest View live