Quantcast
  • Login
    • Account
    • Sign Up
  • Home
    • About Us
    • Catalog
  • Search
  • Register RSS
  • Embed RSS
    • FAQ
    • Get Embed Code
    • Example: Default CSS
    • Example: Custom CSS
    • Example: Custom CSS per Embedding
  • Super RSS
    • Usage
    • View Latest
    • Create
  • Contact Us
    • Technical Support
    • Guest Posts/Articles
    • Report Violations
    • Google Warnings
    • Article Removal Requests
    • Channel Removal Requests
    • General Questions
    • DMCA Takedown Notice
  • RSSing>>
    • Collections:
    • RSSing
    • EDA
    • Intel
    • Mesothelioma
    • SAP
    • SEO
  • Latest
    • Articles
    • Channels
    • Super Channels
  • Popular
    • Articles
    • Pages
    • Channels
    • Super Channels
  • Top Rated
    • Articles
    • Pages
    • Channels
    • Super Channels
  • Trending
    • Articles
    • Pages
    • Channels
    • Super Channels
Switch Editions?
Cancel
Sharing:
Title:
URL:
Copy Share URL
Bahasa Melayu
RSSing>> Latest Popular Top Rated Trending
Channel: MASTER DEDAH
NSFW?
Claim
0


X Mark channel Not-Safe-For-Work? cancel confirm NSFW Votes: (0 votes)
X Are you the publisher? Claim or contact us about this channel.
X 0
Showing article 181 to 200 of 216 in channel 9394186
Channel Details:
  • Title: MASTER DEDAH
  • Channel Number: 9394186
  • Language: Malay
  • Registered On: March 23, 2013, 2:44 pm
  • Number of Articles: 216
  • Latest Snapshot: November 20, 2017, 6:07 pm
  • RSS URL: http://www.masterdedah.com/feeds/posts/default?alt=rss
  • Publisher: http://www.masterdedah.com/
  • Description:
  • Catalog: //dedah1.rssing.com/catalog.php?indx=9394186
Remove ADS
Viewing all 216 articles
Browse latest View live
↧

ZURAIDA DAPAT "HADIAH KERETA" DARI SYARIKAT BERPENDAPATAN RM4.6 JUTA SETAHUN? DARI MANA KEKAYAAN ZURAIDA?

June 24, 2016, 5:55 pm
≫ Next: SETELAH SEBULAN BERDIAM DIRI, AKHIRNYA ZURAIDA MENGAKU MILIKI KENDERAAN MEWAH. BALASAN KERJA FITNAHNYA SELAMA INI?
≪ Previous: ZURAIDA MP AMPANG PROKSI AZMIN ALI DITAJA OLEH KONTRAKTOR? SELEPAS PRK SPRM NAK PERANGKAP ZURAIDA SEPERTI S. MANIKAVASAGAM?
$
0
0

"Hadiah Kereta" buat Zuraida?


1. Pendedahan masterdedah sebelum ini telah mendedahkan 9 buah kenderaan milik Zuraida Kamaruddin MP Ampang merangkap Ketua Wanita PKR. 8 kenderaan didaftarkan atas namanya ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN IC:  580314-71-5206 beralamat LOT 98, LORONG TANJONG 9, KAMPUNG MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR iaitu;

i. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE
ii WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
iii. W2956U - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
iv. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
v. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
vi. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
vii. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T
viii. BHT63 - MOTOSIKAL DEMAK EX 90

Salah satu kenderaan milik Zuraida Toyota Fortuner


Dua kenderaan mewah Zuraida yang mempunyai Emblem Ahli Parlimen
WTY 575 dan WRL 575 mempunyai jumlah
saman terkumpul RM3,950
2. Hanya satu kenderaan menurut sumber dalaman Pakatan Harapan (Team R) menyatakan sebuah kereta Mercedes Benz S280 dihadiahkan oleh sebuah syarikat kepada Zuraida nombor plat BNT9138 yang didaftarkan dengan JPJ pada 13 April 2016. 

Hebat Zuraida @ Mak Lampir ini. Timbalan PKR Negeri Selangor apa yang beliau tidak boleh lakukan? Rafizi pernah menasihatkan "Kak Zu" tentang Kartel AA
3. Semakan menunjukkan kereta BNT 9138 didaftarkan atas nama syarikat;

HANSPEC (M) SDN BHD
Suite 6.01 6th Floor
MENARA TKSS NO 206
JALAN SEGAMBUT 
51200 KL

4. Siapakah syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd ini? Apakah hubungan Zuraida? Adakah perniagaan keluarga, rakan kongsi atau proksi Zuraida? 

5. Maklumat SSM mendapati Syarikat Hanspec ( M) Sdn Bhd dimiliki oleh orang cina iaitu; 
- Lee Keat Keong
- Lee Ban Chew
- Phoon Sow Cheng
Berasal dari Petaling Jaya Selangor. Syarikat yang terlibat dalam bidang 'Optical products' ini mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta. Dan aktif sehingga kini!


Hanspecs bukan dimiliki oleh Zuraida atau ahli keluargnya



mempunyai nilai aset syarikat RM 2,707,401 juta dan
pendapatan tahunan RM 4,659, 944 juta.

6. Apakah yang telah Zuraida MP Ampang sumbangkan khidmat kerja kepada Hanspec? Adakah lesen Pihak berkuasa tempatan ( PBT), lokasi strategik, atau syarikat mendapat tender atau bekalan perolehan dari PBT atau Kerajaan Negeri Selangor?. Atau mungkin mendapat tanah negeri untuk kilang dan sebagainya. Ia sangat misteri. Tidak mungkin syarikat ini tiada kepentingan?

7. Zuraida selaku Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga Ketua Wanita PKR Pusat mesti memberi jawatan segera kepada rakyat. Sikapnya yang meminta pihak yang menuduhnya tampil ke depan tidak perlu dilayan kerana selama ini pemimpin Pakatan banyak menuduh kerajaan dan meminta penjelasan daripada kerajaan walaupun tuduhan itu dikemukakan dalam media sosial atau media massa. 

8. Zuraida perlu menjelaskan dari mana dia mendapat kekayaan yang cepat sehingga memiliki 8 kenderaan ( belum dikira harta lain). Sebagaimana Rafizi tentu Zuraida juga boleh isytiharkan hartanya. Zuraida juga perlu menjawab benarkah beliau menguasai semua projek PBT bawah RM3 juta peruntukan Marris menggunakan kuasa Azmin Ali MB. YB Tian Chua Naib Presiden PKR mengesahkan perkara ini.
↧
Search

SETELAH SEBULAN BERDIAM DIRI, AKHIRNYA ZURAIDA MENGAKU MILIKI KENDERAAN MEWAH. BALASAN KERJA FITNAHNYA SELAMA INI?

July 13, 2016, 7:19 am
≫ Next: KP FINAS AGEN PKR YANG SEDANG MENJUAL "HAK MELAYU & BUMIPUTERA" KEPADA BANGSA LAIN
≪ Previous: ZURAIDA DAPAT "HADIAH KERETA" DARI SYARIKAT BERPENDAPATAN RM4.6 JUTA SETAHUN? DARI MANA KEKAYAAN ZURAIDA?
$
0
0

Antara kenderaan yang didedahkan sebelum ini.


1. Akhirnya setelah sebulan berdiam diri sejak didedahkan sejak 16 Jun lalu nampaknya Zuraida telah menemui cara untuk menjawab tuduhan terhadapnya. Selepas memandang rendah pada media sosial sebagai merendahkan martabatnya dan melalui siri tekanan termasuk pendedahan CheGuBARD Presiden Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM) pada 9 Julai akhirnya 12 Julai Zuraida muncul di media massa termasuk di TV3 menafikan tuduhan terhadapnya. Agaknya tempoh sebulan cukup untuk Zuraida bertanya dengan peguamnya cara melepaskan diri.

3. Pihak masterdedah menjangkakan itu akan berlaku jua sekiranya Zuraida melalui tekanan dari pelbagai pihak. Portal seperti mynewshub.cc, bicaranews, malaysiadateline malaysiagazette.com dan TV3 memaparkan pengakuan Zuraida Kamaruddin terhadap 7 kenderaan termasuk 1 motosikal yang didaftarkan atas namanya. Hanya Malaysiakini membuat tajuk penafian "Zuraida nafi miliki 9 kenderaan mewah" dan Freemalaysiatoday "Zuraida cabar lapor SPRM bukti terima rasuah beli 9 kereta mewah"

3. Mengenai kenderaaan yang didedahkan sebagai hadiah iaitu BNT 9138 milik syarikat Hanspec Sdn Bhd kita juga boleh menjangka bahawa secara teknikal Zuraida masih boleh membuat penafian, menyembunyikan atau memulangkan kenderaan tersebut.

4. Namun 8 kenderaan adalah jelas milik Zuraida. Mari kita sahkan kebenaran pengakuan Zuraida terhadap 8 kenderaan dan beberapa kenderaan mewah miliknya sebagai mana yang dilaporkan media massa.

i. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE DBA- GGH30W
ii WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
iii. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T
iv. W2956U - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G
v. W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
vi. WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
vii. WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
viii. BHT63 - MOTOSIKAL DEMAK EX 90


5. Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mengaku memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan namanya. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Ampang itu menyangkal dakwaan beliau menggunakan semua kenderaan itu. Ujarnya, daripada tujuh kereta itu, hanya satu untuk kegunaan hariannya, tiga lagi bagi tujuan parti dan selebihnya digunakan ahli keluarga.

"Saya guna satu (kereta) sahaja, tiga lagi ahli keluarga saya yang guna dan baki tiga buah kereta lagi digunakan khas untuk parti. "Semua kereta itu bukan saya yang bayar bulanan, ada ahli keluarga yang tolong bayar sebab mereka guna," katanya dalam kenyataan media

6. Isu siapa menggunakan kenderaan dalam pemilikan kenderaan Zuraida tidaklah penting. Zuraida boleh menyebut sesiapa sahaja menggunakannya. Ini kerana yang penting ialah seorang penama bernama Zuraida Kamarudin. Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya . Melainkan beliau membeli secara "cash". Sepatutnya Zuraida Mengisytiharkan pendapatannya. Dengan gaji Ahli Parlimen RM 11,000 sejak 2008 hinggalah kenaikan gaji MP berkuatkuasa 10 April 2015 kepada RM 16,000 sebulan pun masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seperti rumah, gaji pekerja, amah, sewa pelbagai dan komitmen lain. Jika bank mengenakan faedah 3.5 % bagi kereta dan 5% bagi rumah Banglo Zuraida pun dah sudah boleh melebihi pendapatan Zuraida.

7. Perlu diingat Zuraida sebelum 2008 hanyalah seorang penjual buah dan ubat sahaja. Bukan seorang jutawan. Selepas Zuraida bertanding dalam PRU ke 12 iaitu pada 8 Mac 2008 dan menang di Ampang maka Zuraida membeli VOLVO XC90 2.5T yang didaftarkan pada 1 Julai 2008. Zuraida kaya selepas menjadi MP. itu fakta!

8. Sekalipun seorang MP mempunyai kelayakan AP percuma dan pinjaman bank, bank tetap akan melihat kemampuan seseorang individu. Apatah lagi peraturan baru bank tahun 2012, pinjaman bank diperketatkan dengan Mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

ZURAIDA KATA BUKAN KENDERAAN MEWAH
Kata Zuraida “Ini bukan kenderaan mewah. Kebanyakannya model Jepun termasuk sebuah van dan trak pikap.

 
Mari kita lihat kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida.
 
i. BAT1111 - KERETA TOYOTA VELLFIRE DBA- GGH30W.
Model ini anggarkan dalam RM300-350K. Penama asal Foo Pin Hong. Bulanan tidak lari dari RM 3500 sebulan. Ini kereta model Jepun yang mungkin bukan mewah bagi Zuraida. Sama ada Zuraida atau orang lain menggunakan kenderaan ini tidak penting, tetapi penama adalah Zuraida yang membuat pinjaman Bank.


ii. WTY575 - KERETA MERCEDES BENZ C200
 
Ini kenderaan rasmi yang biasa digunakan oleh Zuraida. Ini mungkin dari AP percuma ahli parlimen namun pinjaman bank masih perlu ditanggung oleh Zuraida. Anggaran di pasaran kereta ini hampir RM250K. WTY575 merupakan dua kenderaan Zuraida selepas Volvo mengumpul saman tidak berbayar RM3,950 dari RM 6,350 semua kenderaan atas nama Zuraida.

iii. WRL575 - KERETA VOLVO XC90 2.5T
 
Diambil dari banglo Zuraida di LOT 98, LORONG TANJONG 9, KAMPUNG MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR. Volvo WRL575 merupakan kenderaan rasmi Zuraida selepas memenangi PRU ke 12. Didaftarkan pada 1 Julai 2008 5 bulan selepas  jadi MP. jadi MP. 
 

iv. W2956U - KERETA TOYOTA FORTUNER 2.5G

Atas nama Zuraida Kamaruddin. Nilai di pasaran RM 150K-180K. Jika membuat pinjaman bank pun tidak lari RM2000 sebulan.

9. Lain-lain yang Zuraida kata tidak mewah tetapi tetap ada pinjaman bank atas nama Zuraida seperti berikut;
 
W6901J - KERETA HONDA CIVIC HYBRID
WWA276 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G
WTY1547 - KERETA TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 AT
BHT63 - MOTOSIKAL DEMAK EX 90
 

RUMAH BANGLO, HONDA DAN EX5

10. Kemewahan Zuraida, rumah banglo besar di Ampang dengan pelbagai komitmen yang tinggi sebagai Ahli Parlimen Ampang bolehkah RM 16,000 mencukupi?



Kata Zuraida..

“Berdasarkan kemampuan kewangan saya sebelum ini dan suami saya yang merupakan seorang peniaga, anak-anak juga sudah bekerja, saya tidak perlu merasuah dan terima suapan untuk membeli barangan mewah,” 
 
Semua orang tahu Zuraida menjadi kaya selepas menjadi MP tahun 2008. Pemberian barangan atau wang dari kontraktor dan proksinya adalah sesuatu yang biasa. 
 
Pendedahan oleh CheGuBARD bahawa Zuraida menguasai projek PBT kerajaan Negeri Selangor adalah jelas bagaimana Zuraida mengumpulkan kekayaannya. Antara yang boleh kita baca ialah Page Captain M mengenai proksi Zuraida.


↧
↧

KP FINAS AGEN PKR YANG SEDANG MENJUAL "HAK MELAYU & BUMIPUTERA" KEPADA BANGSA LAIN

August 14, 2016, 10:24 am
≫ Next: SKANDAL HONG KONG FINAS
≪ Previous: SETELAH SEBULAN BERDIAM DIRI, AKHIRNYA ZURAIDA MENGAKU MILIKI KENDERAAN MEWAH. BALASAN KERJA FITNAHNYA SELAMA INI?
$
0
0




1. Kemelut penganjuran Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28 akhirnya berakhir dengan keputusan yang memalukan. Ia tragedi nasihat yang salah KP Finas dan para pegawai Menteri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia pada 10 Ogos lalu. Seperti kata Datuk Yusof Haslam Presiden PFM bahawa dia terpaksa akur dengan keputusan kerajaan itu. Keputusan itu umpama“pahit untuk ditelan” namun beliau perlu menghormatinya.Beliau dihujani tohmahan tidak mempertahankan hak Bahasa Kebangsaan namun ia adalah keputusan kerajaan untuk tidak mengasingkan karya berbahasa Malaysia dan bukan berbahasa Malaysia dalam FFM28 ini. 


2. Datuk Abdul Rahim Awang Setiausaha Kehormat Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) menyifatkan usaha membenarkan dan mengiktiraf atau mengangkat karya bukan berbahasa Malaysia untuk anugerah utama dalam FFM28 adalah tindakan menghina dan tidak menghormati Perlembagaan Negara dan Rukun Negara. 

3. Jika kita mengikuti kronologi isu FFM ke 28 dan memperhalusi setiap perkara yang berlaku bermula 3 Ogos 2016 ketika pengumuman senarai calon FFM 28 itu sehinggalah 11 Ogos lalu tidak sukar untuk membaca cara fikir dan kecenderungan Datuk Kamil Othman Ketua Pengarah Finas pendokong PKR dan sosialis yang pernah menjadi Penasihat Muzik dan pelakon pada produksi filem sampah dari Dari Jemapoh ke Manchestee arahan Hishammuddin Rais tokoh reformasi Anwar Ibrahim dan PKR itu. Tiada siapa tidak mengenali Hishamuddin Rais seorang reformasi beraliran sosialis, marxis, liberal dan sangat terbuka. Agaknya sebab itulah Kamil Othman ini secara secara terbuka menyokong kempen Azmin Ali dengan menganjurkan Tayangan Wayang Pacak Polis Evo di program kempen Azmin Ali di Ampang Jaya tahun ini. Dia berlagak neutral tetapi menyokong pembangkang.

Sahabat Hishammudian Rais ni patutlah cara fikirnya dia liberal. Takut jika digelar pro melayu. Malah karya meletakkan syarikat pemilikan bumiputera pun beliau takut.Dalam filem "Lelaki Harapan Dunia" sekali lagi Hishamuddin Rais berlakon dalam filem itu. Seperti biasa KP Finas menyokong kehadiran sahabatnya dalam filem ini. 

Datuk Kamil Othman ini dia takut pada kritikan netizen. Dia tiada agenda
pemerkasaan bumiputera. 

4. Cara fikir begitulah barangkali yang cuba dibawa Kamil Othman dalam Finas. Orang seperti ini jika menjadi Ketua Jabatan agensi kerajaan pastinya akan sanggup menjual apa sahaja hak Melayu dan bumiputera asalkan kepentingan diri dapat dicapai. Malah tidak bersalahpun memberikan jutaan ringgit kepada pengeluar filem bukan Melayu asalkan beroleh untung dia dan proksinya.

5. Kemelut FFM 28 adalah satu skrip tersusun oleh Datuk Kamil Othman. Jika kita melihat isu sebelum ini pada 8 Mac 2016 pertelagahan antara Jurey Latif dan Kamil Othman berhubung surat GAFIM kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Tun Said Keruak kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran FINAS, kita akan tahu strategi Kamil Othman untuk membela dirinya tidak jauh berbeza. Beliau menggunakan medium media untuk menyelamatkan dirinya. 

Menggunakan media pembangkang dan netizen dalam media sosial adalah satu "movement" Kamil Othman. malah anaknya turut serta mempertahankan keraja bapanya. isu FFM28 sekali lagi Kamil Othman "bermain tarik tali' menggunakan media pembangkang dan sokongan netizen seperti artis untuk menunjukkan beliau tidak bersalah. Semua ini katanya bukan kerana  Bahasa Kebangsaan tetapi kerana
keegoan ahli persatuan. Beliau menggunakan sentimen ini untuk menundukkan lawannya.

6. Ketika Kamil Othman diganyang oleh Jurey Latif Rosli Gafim kerana pentadbirannya menguburkan agenda pemerkasaan bumiputera, Malaysiakini bersama penyokong penyokong anti establishment dan chauvinist berkempen untuk mempertahankan Kamil Othman mempromosikan trending #KamiSokongKamil di media sosial 1 Mei 2016. Bermula dengan sokongan Afdlin Shauki dan artis-artis lain menyokong Datuk Kamil Othman. Menggunakan sentimen dan simpati Netizen kepada dirinya. Ketika Isu FFM28 sekali Afdlin Shauki menjadi penolongnya apabila memboikot FFM28.

7. Wal hal semua tahu bagi pendokong seni dan filem Kamil Othman yang cenderung kepada agenda pembangkang ini pernah mencadangkan agar Syarat Wajib Tayang bagi industri filem dihapuskan dan membuang insentif kerajaan memastikan filem terbitan tempatan mendapat slot tayangan di panggung wayang. Akibat desakan Persatuan Filem maka Kamil terpaksa menarik hasrat itu dan menambah baik program itu. Ia satu kaedah "Try & Error". 

BAGAIMANA KAMIL OTHMAN MEMPERALATKAN FFM ke-28 UNTUK MENOLAK PERSATUAN YANG MENENTANG HALA TUJUNYA?


8. Kamil Othman sedar jika beliau tergesa-gesa membuka Finas dan FFM kepada bukan bumiputera beliau pasti menerima bantahan dari pelbagai persatuan terhadapnya. 

9.  Kamil memanfaatkan semua reaksi luar terhadap FFM dari 3 hingga 6 Ogos 2016. Respon awal ini beliau gunakan untuk laporan awal kepada Menteri.

i. Kritikan Alfie Palermo, Presiden Persatuan Lakon Layar Kuala Lumpur dan Selangor (PENULIS

ii. Boikot Afdlin Shauki terhadap FFM yang disambut netizen dalam media sosial. (sekali lagi Afdlin tampil menolong)

iii. Sokongan korporat Datuk Seri Nazir Razak CEO CIMB dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia terhadap Afdlin Shauki 

iv. DAP melalui Anthony Loke Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP meminta campur tangan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak bagi mengarahkan FINAS membatalkan proses pencalonan untuk kategori Filem Terbaik Malaysia dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28. 

Gambar 6 Ogos 2016 adalah pertemuan Pengerusi Finas, KSU KKMM dan KP FINAS dengan YB Datuk Seri Salleh Said Keruak di Tawau. Apa yang disampaikan oleh KP Finas?

10. 6 Ogos juga Kamil Othman, KP Finas muncul dalam media semula menjawab isu FFM berdasarkan bahasa ialah bertujuan mempromosi bahasa kebangsaan. Namun malamnya Dato' Khusairi Talib ( Pengerusi Finas), Dato' Sri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad KSU KKKM dan Datuk Kamil Othman telah bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak sempena pelancaran sambutan Bulan Kebangsaan di Tawau Sabah. Apa keputusan perbincangan itu? Menteri hanya membuat kenyataan media akan beri respon akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) berhubung isu pengasingan kategori berdasarkan bahasa pada Festival Filem Malaysia (FFM) tahun ini. [http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2016/08/06/salleh-jumpa-finas/].

Perhatikan Tweet Ketua Pengarah Finas ini ketika berada di Sabah selepas pertemuan
dengan menteri. Barangkali dia sudah memberi bayangan kepada menteri apa yang perlu dilakukan. Siapakah Makhluk Asing yang beliau maksudkan? PFM? FDAM?GAFIM atau yang tidak sebulu dengannya?

11. Maknanya pada 6 Ogos itu Datuk Kamil telah memberi nasihat dan laporan yang salah kepada MenteriKKMM. Beliau tidak bimbang kepada Persatuan Pengeluar Filem Malaysia (PFM), Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) dan lain-lain. Apakah mereka mahu meneruskan menunggu respon rakyat dari Media sosial lagi?. Boleh jadi keputusan Menteri KKM pada 10 Ogos sebenarnya sudah dicapai pada 6 Ogos 2016.

12. Ternyata kritikan dan pendapat luar dari 7 Ogos hingga 10 Ogos sebelum keputusan Menteri KKKM jauh lebih teruk kerana melibatkan

i. Komen Datuk Rahman Dahlan Menteri JPM mohol dibatalkan kategori

ii. Hafiz Ibrahim, Penolong Setiausaha Agung Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) meletak jawatan sebagai bantahan FFM 28

iii. Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

iv. YB Khairy Jamaluddin, Menteri KBS selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut memberi komen tidak perlu ada pelbagai kategori, cukup dengan satu kategori sahaja. 

v. Mohd Noor Kassim, Pengarah sinematografi memulangkan kembali dua trofi Festival Filem Malaysia (FFM) kerana boikot.

vi. Program Majlis Tanya FINAS melibatkan KP Finas dan Datuk Yusof Haslam bertukar tegang apabila Pengarah dan penerbit itu dituduh mempunyai kepentingan peribadi dalam Festival Filem Malaysia (FFM) ke-28. 

vii. Chew Mei Fun Naib Presiden MCA mempersoalkan segregasi kategori filem kepada dua bahasa itu.


13. 10 Ogos lalu misi Kamil Othman berjaya. Selepas menerima semua respon, Cadangan beliau pada 6 Ogos dan respon pemimpin politik serta netizen selepas 6 Ogos telah diterima oleh Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak Menteri Komunikasi dan Multimedia. Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia (FMM) September ini dibuka kepada semua penggiat industri filem di negara ini. Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam. Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan sebagai Anugerah baru sedangkan anugerah ini telah ada. FDAM protes tarik diri tinggal PFM sahaja yang masih terpaksa untuk menutup air muka. Lihatlah kesan cara Ketua Pengarah FINAS dan para pegawainya menasihati menteri sehingga keputusan itu nampak janggal. Kenyataan media telah terkeluar dari pejabat Menteri dan tidak boleh ditarik balik. Ia satu pengajaran di masa akan datang.

14. Namun Datuk Kamil Othman tersenyum riang dalam diam. Lihat apa kata Ketua Pengarah Finas pada 13 Ogos 2016 dalam Tweetnya selepas semua ini selesai dan akur. Beliau rasa bangga. Beliau seakan menghina orang filem yang membuat cadangan pembahagian kategori FFM. Mereka dianggap pembawa pemikiran cara lama. Ia bukan mengenai Bahasa Malaysia. Beliau mahu membawa Finas keluar dari berhibernasi. Katanya disekelilingnya dipenuhi makhluk asing. Bagi beliau mudah, filem bukan berbahasa kebangsaan juga adalah sama taraf dengan filem yang 70% berbahasa kebangsaan. 

Siapa yang beliau maksudkan cara lama? PFM , FDAM dan GAFIM tak
malukan dihina begitu?

Bagi Kamil cara baru ialah artis dan pengarah yang sentiasa menyokongnya.Sebab tu Bront Palaree yang menyokong Datuk Kamil KP FINAS mendapat bantuan untuk filem barunya berkisar cerita Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah ini ada unsur kepentingan?

15. Kamil Othman sememangnya KP Finas pro Cina berbanding Melayu. Selepas ini part 2 kita akan dedahkan bukti-bukti beliau pro Cina. Bagaimana ahli lembaga finas, beliau berikan projek filem jutaan ringgit. Nantikan! Malah pengerusi finas pun mereka beli lari dari landasan. 

Apa kepentingan Pengerusi FINAS dan KP Finas pada Filem milik pengarah CH Lor yang juga Ahli Lembaga Pengarah FINAS?

16. Diharap selepas ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia tidak perlu lagi menyambung kontrak Datuk Kamil Othman ini yang bakal tamat hujung tahun ini. Jangan menanggung biawak hidup. Apa yang berlaku dalam FFM28 mengundang rasa benci persatuan pengeluar filem dan para sutradara filem malah memalukan Menteri. 
Admin percaya semua kesilapan ini bermula dari Ketua Pengarah. 







↧

SKANDAL HONG KONG FINAS

August 16, 2016, 3:53 pm
≫ Next: PANAS! RASUAH SEKS DALAM FINAS TERBONGKAR?
≪ Previous: KP FINAS AGEN PKR YANG SEDANG MENJUAL "HAK MELAYU & BUMIPUTERA" KEPADA BANGSA LAIN
$
0
0
 
KP Finas pro cina
1. Ramai penggiat seni Melayu baru baru ini terkejut dengan tindakan Finas mahu membuat kategori yang pelik-pelik untuk anugerah Festival Filem Malaysia. 

 2. Kelakuan aneh Finas itu dikatakan ada kaitan dengan "Skandal Hong Kong". Ramai penggiat seni berkata Finas sekarang sudah dibeli cina bernama Hor Chee Leong atau nama glamornya CL Hor. 

3. Seorang pengarah pengarah filem tempatan asal Perak. Kononnya sudah terkenal di Hong Kong dan China. CL Hor turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah FINAS. 

 4. Menurut sumber dalaman Finas, CL Hor telah mendapat RM13 juta geran dari Finas untuk 5 filem atas arahan dan penerbitan syarikatnya. Bagaimana boleh jadi begitu? 

 5. Inilah yang dikatakan "Skandal Hong Kong" kerana menerusi FB dan Instagram "orang orang kuat Finas" dilihat "berjalan-jalan" di Hongkong dan China. Ada yang mesra sampai ke kedai minuman keras.

6. CL Hor sebagai ahli lembaga pengarah Finas mempunyai syarikat 7 syarikat yang bermula dengan huruf "M". 

7. Apakah adil jika seorang Ahli Lembaga Pengarah Finas yang juga adalah CEO kepada 7 syarikat ini mendapat geran dari Finas jutaan ringgit untuk membuat filem? 


 8. Lebih meragukan bila ada kelibat "orang orang kuat Finas" yang berkuasa meluluskan geran bercuti bersama di Hong Kong dengan CL Hor. Apakah perjanjian itu berlaku di Hong Kong? 

CL HOR, MEGA VISUAL SDN BHD ( MEGA GROUP) DAPAT DANA FINAS DALAM FILEM "GREEN LOVE" 

9. Bulan Jun 2016 lalu didapati "seorang orang penting Finas" bersama team Mega Visual Sdn Bhd dan MVTV Network Asia Sdn Bhd berjalan-jalan makan angin ke Hongkong. 

10. CL Hor dilihat membawa bersama "orang penting itu" bertemu pelakon Hong Kong dan melobi Virginia Lok of Shaw Brothers Pictures dan TVB kononnya kerjasama antara Malaysia dan Hong Kong. 

 11. Trip Hong Kong begitu berjaya sekali. CL Hor selaku Ahli Lembaga Pengarah Finas mendapat laba apabila syarikatnya Mega Visual Sdn Bhd filem CL Hor "Green Love" dilancarkan 14 Julai lalu mendapat peruntukan RM 1.2 juta dari Finas. 

12. Green Love adalah filem kisah cinta menggunakan elemen dwi-bahasa Kantonis-Inggeris, di mana ia dibarisi oleh beberapa pelakon terkenal dari Hong Kong dan Malaysia antaranya Edward Chui, Bowie Wu, Rosanne Lui, Erica Chui, Lisa Ch’ng, Nutserlar, Billy Wong, Keith Hor dan Tricia Chan. 

13. Pelancaran filem ini turut di hadiri oleh "dua orang kuat Finas" yang sudah dilobi oleh CL Hor di Hong Kong itu. Turut hadir adalah Azmin Saifuddin Mutalib Pengarah Komersil Finas 

14. Apa pertaruhan Finas untuk Filem "Green Love" ini? Dapat duit rakyat ( geran) berjuta tapi ambil orang luar (berlakon) dan produksi luar sekali. Filem kisah cinta dan katanya perpaduan rakyat Malaysia tetapi sepenuhnya berbahasa kantonis -Inggeris ini. 

15. Filem sebegini yang mahu dibuat kategori khas supaya boleh menang anugerah dalam Festival Filem Malaysia? 

16. Seperti biasa "orang orang kuat Finas itu" turut menyokong filem ini sebagai produksi yang bakal menembusi pasaran antarabangsa. 

17. Malah "orang kuat Finas itu" juga berkata pads 22 September 2015 bahawa filem Melayu sekarang "Skrip Merapu". Puji filem Hong Kong dan kutuk filem Melayu. 

18. Ini yang buat ramai penggiat filem Melayu kecil hati. "Orang orang kuat Finas ini" masuk di Finas atas kapasiti perjuangan Melayu tetapi bila duduk di situ mereka martabatkan filem Hong Kong. 

ORANG KUAT FINAS SALAH GUNA KUASA LANTIK PRODIGEE MEDIA ENTERTAINMENT MILIK NAMEWEE SEBAGAI WAKIL FINAS DI CHINA. 



19. 18 April 2015, "orang kuat Finas" yang melantik Prodigee Media Entertainment milik Namewee si penghina negara dan Islam sebagai wakil Finas di China. 

20. Syarikat Namewee itu telah menubuhkan pusat filemnya sendiri dan menyalahgunakan logo Finas serta jata negara untuk tujuan menipu pelabur. 

21. Ini satu kesalahan besar kerana pelantikan itu adalah membelakangkan kementerian. Bagaimana "orang kuat Finas" itu boleh melancarkan pusat ini di pejabat Prodigee Media seolah-olah Finas mempunyai cawangan di Beijing China? 

 
Bagaimana Finas boleh bekerjasama dengan Namewee?

22. Apa kepentingan "orang kuat Finas itu" dengan Prodigee Media ini? The Star 19 April 2015 menyiarkan kenyataan "orang kuat Finas itu" sebagai berkata: "Kami menggunakan Prodigee sebagai asas untuk mengukur pasaran di sini. Ini hanyalah titik permulaan. "Bagi pihak Finas, Prodigee akan bertindak sebagai jambatan antara China dan Malaysia, memberikan maklumat kepada pihak yang berminat dalam meneroka pengeluaran filem di negara kita""Prodigee juga boleh membantu untuk mempromosikan kandungan kreatif dari Malaysia pada platform dalam talian, WebTV Asia," 

23. Adalah kerja gila sama sekali bila melantik syarikat Namewee iaitu Prodigee Media sebagai "jambatan filem" antara dua negara. 

24. Sebenarnya apa sudah jadi pada Finas? Sudah berkiblatkan Hong Kong dan memuja Namewee sebagai duta mereka. 

25. Ini sama sekali tindakan yang jelas sekali mencabar kewibawaan pengusaha pengusaha filem Melayu. Di mana letaknya Bahasa Melayu, Perkara 152 Perlembagaan dalam filem Malaysia?





↧

PANAS! RASUAH SEKS DALAM FINAS TERBONGKAR?

August 19, 2016, 10:45 am
≫ Next: FINAS BERI RM 10 JUTA KEPADA DRAGONSLATE MEDIA SDN BHD MILIK LEON TAN. APA HASILNYA?
≪ Previous: SKANDAL HONG KONG FINAS
$
0
0


Antara whatapps dalaman finas  yang tersebar sekarang. Apakah benar? Pihak berkaitan kenalah siasat

1. Benarkah dua orang kuat Finas sekarang sudah dibeli Ahli Lembaga Pengarahnya Hor Chee Leong atau nama glamornya CL Hor pemilik Mega Visual Sdn Bhd yang mengarahkan Filem"Green Love"yang dilancarkan 14 Julai lalu? 


2. Whatapps dalaman Finas terdedah mengatakan ahli Lembaga Pengarahnya CL Hor telah mendapat RM13 juta geran Finas untuk 5 filem atas arahan dan penerbitan syarikatnya. Apalah filem itu hanya boleh dijelaskan oleh KP Finas sekarang. Menarik pendedahan ini. 

3. Banyak lagi yang menarik dari Skandal Finas Hong Kong termasuk di China yang dilaporkan kesilapan melantik Produksi Namewee itu. Termasuk "kisah cinta terlarang" orang kuat finas dan rakan perniagaan ahli lembaga pengarah itu. Kita simpan dulu. 

4. Yang penting menjelas FFM28 ini biar kita dengar sendiri cerita panas Finas dari mulut Ketua Pengarah Finas itu sendiri. Dia kan jenis memilih orang yang dia akan tolong!

Bagi Kamil cara baru ialah bantu artis dan pengarah yang sentiasa menyokongnya.Sebab tu Bront Palaree yang menyokong Datuk Kamil KP FINAS mendapat bantuan untuk filem barunya berkisar cerita Tan Sri Khalid Ibrahim. Apakah ini ada unsur kepentingan?

↧
↧

FINAS BERI RM 10 JUTA KEPADA DRAGONSLATE MEDIA SDN BHD MILIK LEON TAN. APA HASILNYA?

August 24, 2016, 11:20 am
≫ Next: ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SETIAP TAHUN, TIPU AP AHLI PARLIMEN & PINJAMAN KERAJAAN?
≪ Previous: PANAS! RASUAH SEKS DALAM FINAS TERBONGKAR?
$
0
0

1. Siri pendedahan masterdedah mengenai Skandal Finas telah mendedahkan banyak perkara lain. Skandal Hong Kong membuka kepada pemberian geran kepada syarikat milik Ahli Lembaga Pengarah Finas dan Skandal Seks 

2. Menjelang FFM28 pada 3 September 2016 nampaknya akan terus membuka Skandal lain melibatkan pimpinan tertinggi FINAS. Info dalaman Finas memaklumkan Dato' Kamil Othman telah memberi geran RM10juta kepada syarikat Dragonslate Media Sdn Bhd milik Leon Tan. Sebagaimana CL Hor Ahli Lembaga Pengarah yang mendapat geran Finas puluhan juta dan janjinya untuk membawa Filem Malaysia ke peringkat antarabangsa begitu jugalah DragonSlate Media Sdn Bhd.



Kerjasama Leon Tan, Finas dan Kamil Othman 2013. Sudah kenal lama

3. Semakan menunjukkan pemilik DragonSlate Media Sdn Bhd, Leon Tan telah mengenali lama Dato' Kamil Othman sejak Naib Presiden MDec lagi. Setelah Kamil Othman menjadi KP Finas beliau memberikan lagi RM 10 juta kepada DragonSlate. Apakah hasilnya kerjasama itu? Filem bertaraf dunia?


4. Ketua Pengarah Finas mesti menjelaskan dana itu. Sebagaimana beliau melantik syarikat Prodigee Entertainment Sdn Bhd milik Namewee sebagai wakil pemasaran filem Malaysia di China. 




↧

ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SETIAP TAHUN, TIPU AP AHLI PARLIMEN & PINJAMAN KERAJAAN?

August 29, 2016, 2:51 am
≫ Next: MANIKAVASAGAM DEDAH RASUAH PEGAWAI KHAS AZMIN MB SELANGOR 'DIVERT" KES RASUAHNYA. SPRM PERLU CEPAT!
≪ Previous: FINAS BERI RM 10 JUTA KEPADA DRAGONSLATE MEDIA SDN BHD MILIK LEON TAN. APA HASILNYA?
$
0
0

Setiap tahun beli kereta

PENGAKUAN BERANI ZURAIDA BONGKAR STATUS PEMILIKAN KENDERAAN MEWAHNYA! SPRM WAJAR SIASAT PEMBOHONGAN ZURAIDA

1.  7 Ogos lalu Zuraida sekali lagi membuka pekung didada berucap ketika merasmikan mesyuarat agung tahunan wanita cabang PKR Selangor dan Wilayah Persekutuan. Marah dengan anggota kanan parti yang dikenali secara peribadi menyebarkan dakwaan dengan mempersoalkan sumber kekayaan beliau. Marah kerana penyokongnya tidak mempertahankannya.

2. Betapa isu beberapa kenderaan mewahnya jelas merosakkan namanya. Ahli wanita PKR dan pengundinya marah kepadanya. Seorang penjual buah yang kaya-raya dan menguasai PBT negeri. Zuraida tiada pilihan selain menjelaskan kedudukannya.

3. Zuraida sekali lagi membuat pengakuan beliau mempunyai tujuh kereta - yang mana empat telah digunakan oleh diri sendiri, suami dan dua anak perempuan. Baki tiga lagi katanya kenderaan dibeli di bawah namanya tetapi digunakan oleh ahli-ahli PKR selain sebuah motosikal Demak EX5. Beliau menolak tuduhan kenderaan mewah Mercedes Benz S280 milik Hanspec (M) Sdn Bhd.

4. Zuraida menegaskan bahawa semua kenderaan itu dibeli dengan diskaun hampir 50 peratus menggunakan kemudahan yang disediakan kepada semua ahli Parlimen. 

Ringkasan pengakuan Zuraida adalah seperti berikut;

"Ahli Parlimen setiap penggal diberi AP. Kita juga dapat kuota lagi satu kereta, duti eksais dikurangkan.

"Kerajaan juga bagi pinjaman RM100,000 untuk beli kereta. Jadi ada tiga (kereta satu penggal)

"Kalau kemudahan ini saya tak gunakan untuk keluarga saya, tak bodoh ke saya? Dua penggal 6 kereta.

"Kereta atas nama saya sebab yang jadi YB saya, bukan suami, bukan anak-anak saya," katanya di sebuah hotel di Subang Jaya hari ini.

_____________________

BENARKAH APA YANG DINYATAKAN OLEH ZURAIDA?

5. Mari kita dedahkan kebenaran dakwaan Zuraida dengan menggunakan hujah-hujah seperti berikut;

i. Pendedahan blog sebelum ini dalam masterdedah.com menggunakan info-info kenderaan yang dimiliki oleh Zuraida. Sila rujuk "SETELAH SEBULAN BERDIAM DIRI, AKHIRNYA ZURAIDA MENGAKU MILIKI KENDERAAN MEWAH. BALASAN KERJA FITNAHNYA SELAMA INI?"

ii. Akta Ahli Parlimen ( Saraan) Akta 1980 [Akta 237]

iii. Kertas Statut 235 tahun 1983 ( Akta 237)
(Elaun dan keistimewaan Ahli Parlimen)


ZURAIDA KATA SETIAP PENGGAL DIA ADA 3 KERETA - 2 PENGGAL 6 KERETA

A. PENGGAL PERTAMA: 2008-2013

6. Jadi kita pecahkan kepada dua bahagian.Penggal PertamaZuraida sebagai Ahli Parlimen Ampang ialah PRU ke 12, 8 Mac 2008 hingga 5 Mei 2013. Penggal permulaan Zuraida baru belajar sebagai MP. Apakah jenis kenderaan Zuraida ada?


i. WRL 575- VOLVO X C90 2.5T : didaftarkan pada 1/7/2008. Kenderaan rasmi Zuraida selepas 5 bulan menjadi MP Ampang. Memandangkan dalam rekod kenderaan pemasangan tempatan ( CKD) maka tidak memerlukan AP. Bagaimanapun harga di pasaran ketika itu RM355K.


ii. WTY 1547- TOYOTA HILUX D/CAB 2.5 A/T: didaftarkan 31 Mei 2010. Harga RM100K- RM125K.

iii. WWA276- TOYOTA HILUX D/CAB 3.0G : Didaftarkan 3 November 2011. Harga di pasaran. RM 125K ke RM135K


Iv. Kenderaan #Kontroversi: WTP 1970 -MERCEDES BENZ E200 CGI didaftarkan pada 16 Mac 2010. Satu kenderaan yang pernah menjadi isu pada tahun 2012 yang digunakan oleh Zuraida milik taukeh iaitu milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd. Zuraida menggunakannya dalam program rasminya di kawasan Ampang. 


B. PENGGAL KEDUA MP 2013- 2018. Fasa Zuraida dan Proksi mahir untuk memonopoli projek. (8 Mei 2013 adalah PRU 13)

i. BHT 63- MOTOSIKAL DEMAK EX 90. Didaftarkan pada 14 November 2013. (Abaikan motor ini hanya info susunan tarikh Zuraida beli kenderaan sahaja)


ii. W6901J - HONDA CIVIC HYBRID: Didaftarkan pada 23 Disember 2013 iaitu 7 bulan selepas PRU12. Harga di pasaran RM185K. Rekod menunjukkan honda ini adalah kenderaan import dan memerlukan AP. Apakah Zuraida menggunakan AP ahli parlimen?



iii. W2956U - TOYOTA FORTUNER 2.5G : Didaftarkan pada 26 Mac 2014. CKD. Harga dipasaran RM180K- RM200K



iv. WTY 575- MERCEDES BENZ C200: Didaftarkan pada 12 Ogos 2015. Tahun lalu. Menggunakan AP Ahli Parlimen tambahan? Kenderaan ini dikatakan kenderaan rasmi Zuraida sekarang menggantikan Volvo. Kereta ini mencetuskan isu dikalangan pemimpin kanan PKR kerana dianggap memonopoli projek PBT Selangor. Mencerminkan perubahan kekayaan Zuraida yang diketahui bukan orang kaya. Mengumpul saman tidak berbayar RM3,950.


v. BAT1111 - TOYOTA VELLFIRE DBA-GGH30W: Didaftarkan pada 27 April 2016. Mempunyai AP. (AP Ahli Parlimen mana?) Harga di pasaran RM 300K- RM350K.

vi. Kenderaan #Kontroversi: BNT 9138 MERCEDES BENZ S280. Didaftarkan pada 13 April 2016. Menjadi isu kontroversi bulan julai lalu. Dikatakan hadiah kepada Zuraida Kamaruddin dari sebuah syarikat milik "taukeh" syarikat Hanspec Sdn Bhd.  Zuraida menafikan kenderaan ini namun masih menjadi tanda tanya. Katanya syarikat ini hendak saman TV3 namun hingga sekarang tidak berlaku lagi!

KERAGUAN & PERSOALAN RAKYAT

6. Dari pengakuan Zuraida seperti Ahli Parlimen mendapat AP setiap penggal, kouta satu lagi kereta, duti eksais dikurangkan dan kemudahan pinjaman kerajaan RM 100,00 membeli kereta. 3 kereta satu penggal, dua penggal maknanya ada 6 kereta. Semua kereta atas namanya, suami, anak dan orang lain pakai".

7. Pada 7 Julai 2016 dalam sidang medianya Zuraida Kamaruddin mengaku memiliki tujuh kereta dan sebuah motosikal yang didaftarkan namanya. Jika kita melihat rekod sejak Zuraida bermula sebagai MP Ampang penggal pertama 3 kereta iaitu purata setiap tahun Zuraida membeli kereta. Begitu juga pada penggal kedua iaitu bermula penghujung 2013 hingga 2016 sebanyak 5 buah kenderaan dibeli oleh Zuraida. Tiga kenderaan mewah mempunyai AP selain kenderaan lain yang juga boleh dianggap mewah iaitu Toyota Fortuner. Persoalannya bagaimana Zuraida menggunakan 3 AP kenderaan dalam 1 penggal? jika ada 1 kouta tambahan sekalipun, AP yang ketiga dari mana?

8. Kelayakan seorang Ahli Parlimen tertakluk kepada Akta Ahli Parlimen ( Saraan) Akta 1980 [Akta 237] dan Kertas Statut 235 tahun 1983 (Elaun dan keistimewaan Ahli Parlimen). Bagi kenderaan Ahli Parlimen layak mendapat 1 Lesen Kenderaan Motor percuma bagi sebuah kereta sahaja dengan syarat kereta itu didaftarkan di bawah nama Ahli Parlimen itu sendiri. AP kenderaan diberi #sekali untuk satu penggal. Bukan setiap tahun. Jika tidak gunakan AP Kenderaan akan lupus untuk penggal tersebut. Dalam kes Zuraida. Zuraida didapati tidak menggunakan AP Ahli Parlimennya untuk penggal pertama ataupun menjual AP tersebut kepada pihak lain.

9. Bagi kelayakan pinjaman kenderaan kereta adalah seperti berikut;

(a) Ahli Parlimen layak memohon pinjaman kereta sehingga maksimum RM100,000 #sekali dalam tempoh 4 tahun dengan dikenakan caj perkhidmatan 4% setahun yang dikira atas baki bulanan yang belum selesai.

(b) Pinjaman dan bayaran perkhidmatan hendaklah dibayar balik dengan bayaran yang sama banyak jumlahnya pada tiap-tiap bulan dalam masa tidak melebihi 60 bulan bagi sebuah kereta yang baru dan 48 bulan bagi kereta yang sudah dipakai atau sebelum tamat tempoh perkhidmatan sebagai Ahli Parlimen.

10. Isu siapa menggunakan kenderaan dalam pemilikan kenderaan Zuraida tidaklah penting. Zuraida boleh menyebut sesiapa sahaja menggunakannya. Ini kerana yang penting ialah seorang penama bernama Zuraida Kamarudin ketika membuat pembelian. Jika beliau berbangga menggunakan kelayakan MP pinjaman RM100k sekali dalam tempoh 4 tahun, Zuraida membeli kereta hampir setiap tahun. Hanya dua kereta yang layak dari kelayakan ini. Dari penggal pertama hingga penggal kedua. Malah penggal kedua 4 kereta termasuk 3 kenderaan mewah yang ada AP. Tidak mungkin semua kenderaan Zuraida beli mendapat 50% diskaun jika hanya 1 kenderaan yang layak setiap penggal!

11. Persoalannya Bagaimana bank boleh meluluskan atas namanya jika ia melibatkan pinjaman bank bagi semua kenderaannya?. Jika dia membuat pinjaman atau beliau membeli secara "cash". Sepatutnya Zuraida Mengisytiharkan pendapatannya. Dengan gaji Ahli Parlimen RM 11,000 sejak 2008 hinggalah kenaikan gaji MP berkuatkuasa 10 April 2015 kepada RM 16,000 sebulan pun masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan seperti rumah, gaji-gaji pekerja, amah, sewa pelbagai dan komitmen lain. Jika bank mengenakan faedah 3.5 ke 4% bagi kereta dan 4% bagi rumah Banglo Zuraida pun dah boleh melebihi pendapatan Zuraida.

12. Bayangkan jika Zuraida menggunakan kelayakannya untuk pembelian rumah banglonya maksima pinjaman RM360K sama ada beli baru, tanah, pembaikan atau pembayaran baki hutang rumah. Rumah Zuraida di Ampang tentunya nilai juta. (Seperti dalam gambar).


13. Perlu diingat Zuraida sebelum 2008 hanyalah seorang penjual buah dan ubat sahaja. Malah ada yang katakan beliau seorang konsultan latihan. Bukan seorang jutawan. Setiap tahun membeli kereta satu pencapaian luar biasa.

14. Bermakna sekalipun seorang MP mempunyai kelayakan AP percuma dan kelayakan pinjaman bank, bank tetap akan melihat kemampuan seseorang individu. Apatah lagi peraturan baru bank tahun 2012, pinjaman bank diperketatkan dengan Mengambil kira pendapatan bersih iaitu selepas ditolak potongan wajib seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan cukai berjadual (PCB) serta semua tanggungan hutang lain ketika menilai kemampuan pemohon membayar balik pinjaman.

15. Oleh yang demikian serangan pemimpin PKR sendiri dan rakyat di luar sana sangat berasas. Zuraida kaya ada sebab lain. Bukan sekadar menjadi MP Ampang sahaja. Tentu bersebab para penyokong kempennya mempersoalkan mengenai sumber kekayaannya. Jadi kenapa Zuraida perlu marahkan mereka.

16. Terdapat satu lagi persamaan kontroversi berhubung pemilikan kenderaan mewah milik "taukeh" yang diberi kepada Zuraida sama ada sebagai hadiah atau pinjaman. Penggal pertama ialah WTP 1970 MERCEDES BENZ E200 CGI milik syarikat Automated Contactless Systems Sdn Bhd pada tahun 2012 manakala penggal kedua ialah BNT 9138 MERCEDES BENZ S280 syarikat Hanspec Sdn Bhd pada tahun 2016. Bermakna apa yang dinafi Zuraida adalah perkara biasa dia lakukan sejak 2012 lagi. Bukan perkara baru. Secara teknikal Zuraida bijak bersembunyi!

17. Jelaslah pengakuan terbaru Zuraida menunjukkan Zuraida berbohong mengenai status kenderaan miliknya. SPRM wajar menyiasat pembohongan Zuraida betapa sebenarnya Zuraida berbelanja melebihi pendapatannya sebagai Ahli Parlimen Ampang. Dakwaan Zuraida menguasai projek di semua PBT Selangor bersama proksinya adalah berasas menyumbang kepada pendapatan Zuraida.


18. Sehari selepas Datuk Dzulkifli Ahmad memberi amaran serah diri atau diburu 14 Ogos lalu. 15 Ogos tiga penjawat awam, dua daripadanya berpangkat Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini atas dakwaan rasuah, salah guna kuasa dan penggubahan wang haram. malah sehingga kini Tan Sri juga ditahan. Ini tentu menggerunkan Zuraida. Apa yang kita minta dengan SPRM ialah panggil Zuraida untuk penyiasatan sama ada dia rasuah atau tidak ditentukan selepas siasatan. 

Zuraida diburu!

↧

MANIKAVASAGAM DEDAH RASUAH PEGAWAI KHAS AZMIN MB SELANGOR 'DIVERT" KES RASUAHNYA. SPRM PERLU CEPAT!

August 30, 2016, 5:59 am
≫ Next: SKANDAL TANAH 68054 BUKTI TERBARU PENGLIBATAN AZMIN MB SELANGOR?
≪ Previous: ZURAIDA BELI KERETA MEWAH SETIAP TAHUN, TIPU AP AHLI PARLIMEN & PINJAMAN KERAJAAN?
$
0
0
PKR asyik membincangkan rasuah Manikavasagam. Demi dendam Manikavasagam dedah rasuah pegawai khas MB Selangor


1. PKR sedang bergelut dengan kes rasuah para pemimpinnya. Bermula 31 Mei 2015, apabila Setiausaha Agung PKR yang juga Ahli Parlimen Pandan menyerahkan sendiri bukti mengenai dakwaan Rasuah Seks di Selangor ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Kes Rasuah Manikavasagam, Zuraida Kamaruddin kini Azmin Ali MB Selangor sendiri.

2. Nampaknya pendedahan rasuah pemimpin PKR ini mengundang perang sesama sendiri. Mereka berebut dedak dan saling jatuh menjatuh antara satu sama lain. Terbaru Manikvasagam PKR Kuala Selangor mendedahkan rasuah Pegawai Khas MB Selangor Muhammad Hilman Idham yang dikatakan disiasat SPRM berhubung pembelian rumah mewah RM800k di I-City Shah Alam selain memiliki kenderaan mewah dan jam mewah! Hebat perang PKR. Belum habis lagi kisah Skandal Lot tanah 68054 Paya Indah Wetlands perang pemimpin PKR makin bertambah. Barangkali Manikavasagam geram dengan MB Selangor yang tidak mahu menolongnya. 





MENGAPA KES RASUAH MANIKAVASAGAM BELUM DIDAKWA SEDANGKAN BUKTI JELAS?


3. Kes pemimpin PKR yang masih senyap belum dibicarakan ialah S. Manikavasagam mantan Ahli Parlimen Kapar yang ditangkap SPRM pada 15 Jun 2016 di Perkarangan Stesen Minyak Petronas di Klang Central sebelum PRK Sungai Besar Sejumlah RM30 ribu yang dipinta daripada Kontraktor dari Kuala Selangor ditangkap bersamanya.

Kereta (hitam) Manikavasagam menunggu wang rasuah tiba di perkarangan Petronas Klang Central sebelum ditangkap oleh SPRM atas kesalahan meminta dan menerima rasuah RM30,000.00 dan di tahan oleh SPRM sehari sebelum di lepaskan dgn jaminan mulut RM3,000 dan jaminan tunai RM7,000.00 

4. Bagaimanapun Manikavasagam dibebaskan dari tahanan reman dengan jaminan. Sehingga ke hari ini kes Manikavasagam masih tidak diketahui. Adakah telah lengkap untuk dihantar kepada Peguam Negara? Apakah pertuduhan Manikavasagam? Adakah bawah Akta SPRM 2009 atau mana-mana Sekyen dalam panel code? Sehingga penghujung 31 Ogos tidak kedengaran kes Manikavasagam ini sama ada bakal didakwa atau tidak!

Laporan palsu Manikavasagam

5. Kita mohon SPRM melengkapkan siasatan dan Peguam Negara mempercepatkan dakwaan kes berkenaan. Ada laporan dibuat oleh saksi kepada pihak polis selain usaha Manikavasagam mengugut saksi SPRM. 23 Jun lalu Manikavasagam bersama Gengsternya mengugut dan memaksa saksi mengaku mencampak wang RM30,000 dalam keretanya. Manikavasagam telah membuat laporan palsu kepada polis dan membawa kontraktor atau saksi supaya mengaku bahawa SPRM merancang memerangkapnya dengan wang RM30,000.

Serangan Manikavasagam kepada saksi. makin lambat makin menjadi

6. Malah pada 22 Jun 2016 Manikavasagam turut membuat tekanan kepada saksi dalam Facebooknya. Manikavasagam memaparkan temuramah video ( Durasi 0:02) yang telah diedit dengan lelaki (saksi) berkenaan. Kelihatan lelaki berkenaan seorang lelaki cina tidak sebagaimana dalam laporan polisnya.

Manikavasagam takut kantoi. Maka dia bersama Gengsternya mengugut saksi

7. Menurut seorang Netizen yang dikenali sebagai Pejuang Keadilan "Malam tadi orang-orang Manikavasagam bersama pemilik APS hotel datang mencari lelaki ini tetapi tidak berjaya, keselamatan lelaki ini tidak terjamin". Sebelum ini dalam laporan Manikavasagam mengaku dia bersama saksi Thailapathi A/L Doraisamy & Suresh A/L Manickam [Ahli Majlis Kuala Selangor- MDKS] dan seorang ANGGOTA POLIS KUALA SELANGOR telah mendapatkan pengakuan saksi

Laporan polis Manikavasagam diringkas kepada 7 perkara utama.

i. Pada 21 Jun 2016 jam 2.pm semasa saya bersama Thailapathi A/L Doraisamy & Suresh A/L Manickam [Ahli Majlis Kuala Selangor- MDKS]

ii. Makan di APPS Hotel Pasar Penambang Kuala Selangor

iii. TERSEREMPAK dengan satu lelaki MELAYU yang saya KENALI tetapi nama #TIDAK TAHU ( Wajah Saya Cam)

iv. Saya tahu ORANG TERSEBUT adalah orang yang meletakkan duit ke dalam kereta saya tetapi saya buang balik, tidak tahu apa kandungan dalam bungkusan putih diikat menggunakan getah

v. Saya tidak memukul, tidak paksa & tidak mencederakan lelaki TERSEBUT. Ianya telah disaksi oleh Ahli Majlis & juga ANGGOTA POLIS KUALA SELANGOR

vi. Dia telah MENGAKU bahawa SPRM SURUH LETAK duit RM30,000 Ke dalam kereta saya.

vii. Lelaki Melayu tersebut TIDAK PERNAH DATANG Ke Pejabat saya minta kerja atau tender.


8. Sedangkan dalam kronologi salah laku Manikavasagam bermula sejak 25 April 2016 lagi jelas beliau mengenali kontraktor Syarikat Silver Nine itu. Kronologi, laporan kepada SPRM dan whatapps Manikavasagam bersama kontraktor adalah seperti berikut;



Laporan kes kepada SPRM bertarikh 10 Jun 2016


24 April 2016

24 Mei 2016

Siapa Ketua Whip PKR yang ambil surat LOA itu?
Zuraida ke? 6 Jun 2016

9 Jun 2016
CIMB MANIKAVASAGAM 12290093654524


9. Lihat bagaimana PKR bermuka-muka. CheguBard PKR mereka pecat keahlian manakala Murali PKR Kelana Jaya mereka gantung. Sedangkan adalah jelas Manikavasagam melakukan perkara –perkara berikut selain menerima wang rasuah RM 30,000 itu. 

i. Memukul dan menyerang org yg memberinya rasuah dan ditahan polis serta akan dituduh di Mahkamah dibawah Seksyen 323 & 351KAJ

ii. Membawa perkara perkara Parti Keadilan ke Mahkamah dengan menfailkan saman sivil di Mahkamah Tinggi KL pada 21hb Julai 2016.


iii. Mengaku bangunan MDKS sebagai miliknya dan menyewakan kepada orang selama 3 tahun dan semua wang sewaan masuk dalam akaun peribadinya.


10. Sekarang kita masih menunggu status kes Manikavasagam. Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baru mesti melakukan sesuatu. Ia melibatkan keselamatan saksi. Rakyat juga mahu tahu ketegasan dalam kes ini!
↧
Search

SKANDAL TANAH 68054 BUKTI TERBARU PENGLIBATAN AZMIN MB SELANGOR?

September 1, 2016, 12:35 pm
≫ Next: UNTUNGLAH PROKSI MB, TAUKEH CINA BERI "HUMMER" DAN HANYA "WHATSAPP" TANAH PAYA INDAH WETLANDS LULUS TUKAR STATUS!
≪ Previous: MANIKAVASAGAM DEDAH RASUAH PEGAWAI KHAS AZMIN MB SELANGOR 'DIVERT" KES RASUAHNYA. SPRM PERLU CEPAT!
$
0
0


1. 26 Ogos lalu CheGuBard Mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak ( Azmin Ali Ketua Cabang) yang juga Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands.


2. CheGuBard turut mendedahkan Mesej aplikasi"whatapps" antara bukti "arahan" kepada Exco Kerajaan Negeri dan penjawat awam bagi mendapat kelulusan pertukaran status 68054 daripada Pertanian kepada bangunan kediaman (pembangunan ) walaupun terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetlands di mana 4 MB Selangor ( 22 tahun) tidak meluluskan kawasan itu. Namun sejak Azmin MB semua pantas berubah kerana Zainol Abidin adalah orang kuat dalam Cabang Gombak.



3. Semua urusan itu diuruskan oleh Zainol Abidin yang mempunyai akses kepada MB Selangor. Jika tidak bagaimana beliau mendapat kandungan fail mesyuarat Exco? Tentunya fail rahsia itu diperolehi melalui pejabat Menteri Besar. Para pegawai MB bersekongkol dengan Zainol. Zainol yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya tentulah memahami selok belok pengurusan ubah suai Rancangan Tempatan ( RT), status tanah, kewangan hinggalah kepada Kebenaran Merancang! Untuk makluman Zainol bukan pertama kali ditahan SPRM sebelum ini adalah kes rasuah PBT

4. Tentulah seseorang dari Salak Land Development Sdn Bhd telah berurusan dengannya bagi urusan pertukaran status tanah sehingga melantik Zainol sebagai Pengarah Projek. Itulah hebatnya kuasa wang!

5. Hari ini terdapat usaha untuk menutup semua maklumat yang ada. Fail-fail penglibatan atau sokongan MB. Malah ada yang panik kini mula pujuk exco-exco supaya jangan mengaku terima mesej tersebut. Tetapi mereka ingat SPRM bodoh. Mereka lupa rekod Whatapps dan mesej boleh diperolehi semula oleh alat canggih SPRM.

6. Berapa jutakah komisen yang Zainol dan MB Selangor terima dari projek ini? Katanya Salak Land Development Sdn Bhd bakal membina projek GDV bilion ringgit di tapak tanah 68054 ini. Malah Rancangan Tempatan Zon Tanah diubah semata-mata kerana syarikat Salak Land. Lihat cara saja hidup Zainol kaya raya memiliki kereta mewah "hummer" walaupun beliau Ahli Majlis PBT


7. Kronologi skandal lot tanah 68054 menunjukkan Zainol Abidin proksi MB Selangor mempunyai hubungan berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan MB dan Exco dalam MMKN.

◽️ 24 Januari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ke 3/2015 mengesahkan Pengubahan Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 3) 2020. Pindaan Sebahagian Zoning Guna Tanah dalam RT Kuala Langat. Tapak BPK 1.15 Paya Indah Wetland dan Hutan Simpan Kuala Langat Utara sebagai kawasan #Perumahan.


◽️ 9 Februari 2015:
- Majlis Daerah Kuala Langat mengesahkan tiada halangan untuk sebagaimana MMKN 3/2015. Penukaran status tanah Pertanian kepada Bangunan Kediaman. - sebelum itu 6 Februari 2015 tidak menyokong cadangan ini.


◻️ 17 Februari 2015:
- Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dipengerusikan oleh Azmin Ali MB meluluskan pertukaran status selepas Pengezonan semula itu. Terbukti mesej whatapps mendedahkan segalanya!


8. Menurut sumber dalaman isu ini nampak menggusarkan Azmin Ali. Ramai yang terlibat termasuk Elizabeth Wong Exco berkaitan Alam Sekitar. Laporan kepada SPRM baru-baru ini sangat menekan Azmin Ali. Apakah Azmin bakal kena? Katanya Azmin bakal ditahan untuk siasatan Hari Raya Haji ini. Semakin menarik.

sumber/kredit: Page Jeneral M
↧
↧

UNTUNGLAH PROKSI MB, TAUKEH CINA BERI "HUMMER" DAN HANYA "WHATSAPP" TANAH PAYA INDAH WETLANDS LULUS TUKAR STATUS!

September 1, 2016, 1:48 pm
≫ Next: SINDIKET MP PKR KUTIP 1.5% - 5% KOMISEN PROJEK RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS. PROKSI AZMIN WARGA SINGAPURA TERLIBAT?
≪ Previous: SKANDAL TANAH 68054 BUKTI TERBARU PENGLIBATAN AZMIN MB SELANGOR?
$
0
0



Apa hubungan Zainol dengan Taukeh cina ini? Pemilik "Hummer"?

Hebat Zainol Abidin Mohamed ini hanya dengan 'WhatsApp'nya permohonan pertukaran status tanah lot 68054 Paya Indah Wetlands diluluskan MB dan Exco dalam MMKN pada 17 Februari 2015!


Beliau yang juga adalah Ketua AMK Gombak merupakan MD Syarikat Mula Holdings Sdn Bhd, Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan proksi Azmin Ali MB. Mungkin beliau adalah Ahli Majlis PBT paling kaya di Malaysia punya kereta "hummer" sendiri walaupun atas nama Ch'ng Cheng Boon berasal dari Seberang Perai Pulau Pinang ini.

Umum mengetahui pemimpin PKR Selangor tradisinya ialah menyimpan dan menggunakan kenderaan milik "taukeh" sebagaimana pernah menjadi isu kepada Zuraida Kamaruddin MP Ampang.


Persoalannya apa hubungan Zainal Abidin dengan Ch'ng Cheng Boon MD Sri Indar Management & Builder Sdn Bhd yang terlibat dalam industri perhotelan dan pembinaan ini? Tidak mungkin beliau memberi kenderaan mewah "Hummer" kepada seseorang jika tanpa timbal balik. Cheng Boon banyak terlibat di Pulau Pinang.



Cheng Boon pernah memuat turun gambar kereta "hummer' dalam Facebooknya pada 28 Julai 2013. Kini kenderaan milik taukeh ini digunakan oleh Zainol Abidin orang kanan Azmin Ali Ketua Cabang Gombak yang juga Menteri Besar Selangor.







↧

SINDIKET MP PKR KUTIP 1.5% - 5% KOMISEN PROJEK RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS. PROKSI AZMIN WARGA SINGAPURA TERLIBAT?

November 11, 2016, 2:47 pm
≫ Next: PENGERUSI SUHAKAM SAPU LEBIH RM500 JUTA PROJEK KINI TIBAI KERAJAAN!
≪ Previous: UNTUNGLAH PROKSI MB, TAUKEH CINA BERI "HUMMER" DAN HANYA "WHATSAPP" TANAH PAYA INDAH WETLANDS LULUS TUKAR STATUS!
$
0
0
Dalam Bajet 2017 Selangor Azmin Menteri Besar berkata RM 250,258,190 atau 13.9 peratus diperuntukkan bagi meningkatkan sektor ekonomi negeri melalui program pembangunan perumahan termasuk perumahan berstrata kos rendah, pengangkutan, perindustrian dan pelaburan, perbandaran, perhutanan, veterinar serta perancangan bandar dan desa.

Azmin MB Selangor berkata dia telah melancarkan 18 projek pembangunan rumah mampu milik melibatkan 22,494 unit. Banyak tak? komisen projek pun semakin banyaklah.

Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) telah dipertanggungjawabkan untuk projek Rumah Selangorku.

Agak-agak kenapa CEO lama PKNS ditamatkan?

Bagi GLC Selangor seperti PKNS mereka membina "Rumah Selangorku Idaman PKNS".Benarkah terdapat sindiket dari MP PKR atau Pakatan projek perumahan di Selangor yang mendapat komisen 1.5 % sehingga 5 % dari projek Rumah Selangorku Idaman PKNS kos RM200 ke RM300 juta. Maklumat yang masterdedah terima mendapati sindiket ini wujud. Malah dikatakan Proksi Azmin Ali seorang warga Singapura juga terlibat yang mendapat komisen sehingga 4%. Syarikat atau kontraktor di minta mengikuti terma-terma berikut:



Terma-terma membina projek Rumah Selangorku Idaman PKNS yang diarahkan oleh Azmin Ali kepada PKNS.




Dokumen yang terdedah menunjukkan syarikat atau kontraktor diminta membayar komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah yang juga MP Subang melalui syarikat guamannya Daim & Gamany yang dinamakan atas proksi Sivarasa Rasiah iaitu adiknya Naveen Kularasa Rasiah. 


Sivarasa Rasiah antara pemilik dalam syarikat guaman Daim & Gamany


Syarikat diminta memberi komisen 1.5% kepada Sivarasa Rasiah. Jika Projek Rumah Selangor ku Idaman PKNS dibina dengan kos RM200-300 Juta agaknya berapa? Jutaan ringgit diterima oleh Sivarasa Rasiah








Bagi Proksi Azmin Ali seorang warganegara Singapura iaitu Sabri bin Buang yang mendapat komisen 4%-5%.


Sabri Buang Warganegara Singapura, menerima
komisen 4%.





Rupanya Azmin, Sivarasa Rasiah atau mana-mana MP Selangor sedang makan kekenyangan dengan komisen. Agak-agak berapa Azmin dan Sivarasa Rasiah dapat dalam projek ini?





Nampak hubungan Azmin dengan Gamuda? berapa agaknya komisen Gamuda beri? dalam masa sama Azmin nak bayar SPLASH RM2.7 juta campur liabliti RM4.2B. Pandai tak Azmin. Semua dia sapu kiri kanan atas dan bawah. Kecil besar dia sapu.

Semoga SPRM dapat menyiasat perkara ini. 
↧

PENGERUSI SUHAKAM SAPU LEBIH RM500 JUTA PROJEK KINI TIBAI KERAJAAN!

November 29, 2016, 1:30 am
≫ Next: TERDEDAH CARA 'KAWTIM" PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM
≪ Previous: SINDIKET MP PKR KUTIP 1.5% - 5% KOMISEN PROJEK RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS. PROKSI AZMIN WARGA SINGAPURA TERLIBAT?
$
0
0



Tan Sri Razali Ismail dan Cypark Resources Berhad dapat projek kerajaan lebih RM500 juta


Siapa tidak kenal Tan Sri Razali Ismail? Wakil Tetap Malaysia ke PBB, New York ; Presiden Majlis Keselamatan PBB (1989 - 1990) ; Pengerusi Jawatankuasa Majlis Keselamatan PBB berhubung Sekatan Senjata di Afrika Selatan (1990) dan bermacam jawatan lagi. Begitulah pegawai kesayangan Tun Mahathir ini satu ketika sehingga pernah dilantik sebagai Penasihat Khas Perdana Menteri (1998). Biodata dan Latar Belakangnya bukanlah rahsia anda boleh menyemaknya dalam internet.Perubahan beliau paling menarik ialah beliau digambarkan seorang diplomatik (Bersara) yang beralih arah sebagai seorang Ahli Korporat. The Star tahun 2010 pernah mengetengahkan beliau dalam ruangan Up close & Personal. Sejak 2002 di lantik sebagai Pengerusi Syarikat Iris Corporation Berhad hingga kini dan mengasaskan penubuhan Syarikat Cypark Resources Berhad. 



Ketika Paklah sebagai Perdana Menteri Syarikat Iris Corporation Berhad dibawah pengaruhnya mendapat projek mencetak dan membekal Kad Pengenalan dan Passport Malaysia. Dibawah syarikatnya sendiri Cypark Resources Berhad dalam Rancangan Malaysia Ke-9 diberi anugerah projek SECARA RUNDINGAN TERUS RM480 juta bagi menutup dan menjalankan pemulihan 16 tapak landfills di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Pemberian projek untuk 16 tapak bernilai RM 480 juta menjadi satu polemik ketika itu kerana dianggap terlalu mahal dan pernah dibangkitkan semula dalam Dewan Rakyat 2011 oleh Teresa Kok. Polemik paling besar ialah bagaimana Dato' Seri Ahmad Kabit KSU KPKT ketika itu menandatangani kontrak RM480 juta melampaui had limit penurunan kuasa Menteri.Semuanya atas kuasa wang dan "kawtim".

Hampir RM500 juta iaitu Projek penutupan Tapak Pelupusan Sampah di 16 tapak seluruh negara. Cypark Ghairah untuk menguasai 112 tapak lagi yang diuruskan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara KPKT ketika itu. Walaubagaimanapun mereka gagal! Namun Cypark mengubah bekas tapak pelupusan sampah Pajam di Nilai, Negeri Sembilan kepada taman tenaga boleh diperbaharui yang pertama dan terbesar di Malaysia yang bernilai RM150 juta.


Ahli Lembaga Pengarah Cypark Resources Berhad








TAHUN 2011 CYPARK TERUS MERAIH LABA PROJEK KERAJAAN DI PUTRAJAYA



Cypark turut disenaraikan di Bursa Saham Malaysia serta mendapat bantuan dari Teraju untuk dana Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).


Begitulah kerajaan hendak menolong seseorang pegawai kerajaan yang pernah berjasa kepada negara sehingga menjadi jutawan dan syarikat disenaraikan di Bursa Saham Malaysia. Namun keadaan berubah selepas Tan Sri Razali dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM


Tan Sri Razali Ismail dilantik Pengerusi SUHAKAM baru
Pada jun 2016 Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun (2016-2019) menurut subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi ManusiaMalaysia 1999 (Akta 597). 

Harapan YAB Perdana Menteri Tan Sri Razali dapat menolong dan membantu kerajaan tetapi sebaliknya berlaku. Di awal pelantikan Tan Sri Razali sebagai Pengerusi lalu tidak ada tanda-tanda keganjilan dan mencurigakan tentang tugas Pengerusi SUHAKAM


Pertemuan SULIT Tan Sri Razali Pengerusi SUHAKAM dengan Tun Mahathir.

Sumber dalaman mendedahkan Tan Sri Razali Pengerusi SUHAKAM ada membuat perjumpaan SULIT sebelum ini dengan Mahathir Mohamad. Umum mengetahui Tan Sri Razali pernah bertugas sebagai Penasihat PM Mahathir suatu ketika. Mahathir sedang mengumpul semua orang-orangnya sama ada yang bersara atau yang sedang bertugas sekarang. Pelantikan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman sebagai Naib Presiden Bersatu jelas menunjukkan usaha itu. 

Mahathir mahu menggunakan Pengerusi SUHAKAM bagi tujuan jahatnya dalam perhimpunan BERSIH. Bursa Malaysia pada 31 Oktober 2016 mengumumkan Penjualan saham dan kepentingannya di Cypark Resources Berhad. Ia satu isyarat bahawa Tan Sri Razali mahu menyelamatkan syarikat yang diasaskannya dari persepsi buruk jika beliau kelihatan terlibat dan menyokong Tun Mahathir serta kumpulan bersih. 


19.2 PERATUS KEPENTINGAN SAHAM MILIK TAN SRI RAZALI ATAU 45,580,600 UNIT SABAH. RAZALI MENUNJUKKAN DIA MELUPUSKAN SAHAMNYA SEBAGAI MENGABURKAN KEADAAN JIKA ADA SESIAPA MENYERANGNYA SEBAGAI PENGERUSI CYPARK RESOURCES BERHAD.

Memandangkan begitu banyak projek kerajaan serta pelaburan yang Cypark telah lakukan jalan paling selamat ialah menyelamatkan Cypark dari tekanan politik.

Maka tidak hairan pada 17 November 2016 Pengerusi SUHAKAM ini berani menyatakan sokongan agar Penjawat awam berhak sertai perhimpunan demo Bersih 5 sebagai menghormati hak kebebasan bersuara Artikel 10 (1). Ia susulan amaran KSN terhadap penjawat awam. Perkara ini mendapat bantahan oleh Ketua Polis Negara sebelum itu m
mempersoalkan niat sebenar SUHAKAM

Tidak cukup itu Pengerusi SUHAKAM menyelar pasukan Merah dan meminta polis menangkap mereka segera. Paling bias ialah SUHAKAM melawat Maria Chin pemimpin BERSIH di penjara  pada 23 November 2016.

Inilah sebenarlah tujuan perjumpaan sulit Mahathir dan Razali Ismail Pengerusi SUHAKAM ini iaitu menjadi alat menghalalkan demo Bersih 5 dan memburukkan imej kerajaan. Jika sekiranya kerajaan menangkap Tun Mahatnir, Muhyiddin, Mukhriz dan beberapa pemimpin pembangkang maka Tan Sri Razali SUHAKAM akan membela habis-habisan. 


Utusan 26 November 2016 mempertikaikan SUHAKAM sebagai satu langkah populis membela pasukan BERSIH 5. Kelihatannya Tan Sri Razali bijak menyelamatkan syarikat Cypark yang diasaskannya. 

Pengerusi SUHAKAM pro Mahathir dan BERSIH ini menyulitkan kerajaan kerana ia adalah gunting dalam lipatan sebagai satu suruhanjaya yang terpesong besar menyokong pembangkang. Kerajaan melalui Yang Dipertuan Agong melantik Pengerusi SUHAKAM mohon memperhalusi pelantikan Tan Sri Razali yang dikatakan hanya akan tamat 2019. Ini bakal mengundang padah jika Tun Mahathir menggunakan SUHAKAM menekan kerajaan dalam SPR dan pilihanraya. 

Sikap Anti Tan Sri Razali marah kerana projek?


Pengerusi SUHAKAM selain pro Mahathir beliau juga adalah Pengerusi Syarikat taikun teknologi cip iaitu Syarikat Iris Corporation Berhad yang satu ketika memonopoli projek My Kad (Kad Pengenalan) bermutu tinggi dan juga passport Malaysia. Selepas syarikat mereka kalah kepada Datasonic Group Berhad musuh utama dalam perang cip maka Tan Sri ini mula merajuk dengan kerajaan. Jadi tidak hairanlan beliau bersikap anti PM Najib walaupun dalam masa sama Syarikatnya Cypark Resources terus mendapat projek kerajaan. 

Jadi pemimpin UMNO yang bersidang di PAU 2016 fikir-fikirkanlah. Anda penat tapi mamat nama Razali Ismail ni kaya raya dari projek kerajaan kemudian dia bersekongkol dengan Mahathir Mohamed bekas majikannya. Apa kamu dapat? Mahathir dan Razali sedang merancang dari dalam dan menggunakan sekali proksi lamanya seperti YTL, Berjaya dll untuk memusnahkan ekonomi negara.


MD

↧

TERDEDAH CARA 'KAWTIM" PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM

December 24, 2016, 9:22 pm
≫ Next: SPRM 'DIVERT. ISU DATUK BAHRI DENGAN TANGKAP KSU KKLW!
≪ Previous: PENGERUSI SUHAKAM SAPU LEBIH RM500 JUTA PROJEK KINI TIBAI KERAJAAN!
$
0
0

Gambar 1: Pusat Siber & Kafe siber pernah ada pekeliling Pembekuan tahun 2007 tetapi pada 2012 pembekuan itu ditarikbalik hinggalah sekarang
dibenarkan berleluasa
Di Selangor sendiri terdapat lebih 6000 rumah urut, premis judi “haram” dan berlesen. Haram di sini bermaksud ia dilesenkan di bawah pusat siber dan kafe siber tetapi dijadikan tempat melakukan pertaruhan. Rumah urut pula berselindung di sebalik lesen pusat kesihatan dan refleksologi tetapi menawarkan kegiatan seks.

Kisah rumah urut dan premis judi “haram” sentiasa disembunyikan oleh pihak PBT sehingga Sekin Fisherman Village Hotel & Resort milik Jamal yang juga Pengerusi Gabung­an NGO Malaysia disita dan laluan pejalan kaki berbumbung serta 16 buah bilik yang sedang dalam pembinaan di kawasan hotel itu dirobohkan penguat kuasa Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) 23 Disember lalu. Semuanya gara-gara kejadian provokasi Jamal selepas Jamal tampil bertuala dan mahu ‘menum­pang mandi’ di pejabat Menteri Besar di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam sebagai memprotes isu gangguan bekalan air di Selangor. 

Netizen berpendapat tindakan yang diambil terhadap Jamal itu dilihat sebagai pembunuhan peniaga Melayu oleh kerajaan PKR Selangor dan satu tindakan belas dendam Azmin terhadap Jamal. Jamal pula sehari selepas itu tampil mempertahankan diri dengan merasmikan resortnya dan dalam masa sama mempersoalkan Kerajaan Selangor serta Majlis Daerah Sabak Bernam (PBT) yang bertahun-tahun tidak mahu meluluskan lesen perniagaannya dan dalam masa sama membiarkan premis rumah urut serta judi siber kafe berleluasa di Selangor khususnya di Parlimen Sg Besar. Maka Jamal mula menggempur pusat-pusat siber ini. Tentunya ini akan memberi tekanan kepada pengusaha puak DAP yang banyak terlibat dengan perniagaan seumpama ini. Apa seterusnya?



AZMIN TIDAK PERNAH MAHU MEMBEKUKAN PREMIS RUMAH URUT & JUDI DI SELANGOR

Tiada data yang tepat berhubung jumlah premis rumah urut dan judi siber cafe di Selangor. Ada yang menganggarkan 1500, 4500 dan menurut PPIM mendapati lebih 6,000 premis judi tidak berlesen beroperasi di Se­langor. Mengikut statistik PDRM, 4,514 individu ditahan dalam 4,137 serbuan Op Dadu bagi membanteras judi ha­ram yang dijalankan di Selangor sejak awal tahun ini sehingga bulan lalu. Sepanjang tempoh itu juga, 56,757 mesin dan RM391,182 wang tunai turut dirampas. 

BAGAIMANA PBT MELULUSKAN LESEN RUMAH URUT DAN PUSAT SIBER/KAFE SIBER YANG MENJADI PUSAT JUDI?

Sepertimana Gambar 1 di atas bagi Pusat Siber dan Kafe Siber Pembekuan hanya pernah berlaku pada tahun 2007 dibawah pemerintahan BN Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan)PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 Julai 2007- Dasar dan Garis Panduan Mengawal Perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Bagaimanapun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, manakala Exconya Ronnie Liu dari DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelididikan Selangor, Pembekuan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber ditarik balik pada tahun 2012 melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri Selangor. 

Contoh dari satu kertas minit mesyuarat PBT Selangor

Bagi Rumah Urut atau yang berlindung dibalik lesen Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan hanya ada satu Pekeliling sahaja Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:KT bil 4/2007 - menetapkan lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif (kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Jarak minima yang dibenarkan adalah sekurangnya -kurang 500 meter. Dua penggal Pakatan Pembangkang tiada satu pun arahan pembekuan sehinggalah sekarang. Lesen rumah urut dikatakan Tiada had.

Mana-mana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sememangnya lesen  rumah urut tiada had. Ini diperakui sendiri oleh PBT Majlis Daerah Kuasa Selangor satu dari
PBT di Selangor



MARI KITA LIHAT SATU CONTOH KES DI PBT SELANGOR - MAJLIS PERBANDARAN AMPANG JAYA- AHLI PARLIMEN AMPANG ZURAIDA KAMARUDIN. 

Bagaimana PBT memberi kelulusan, lemah pada rayuan, kawtim dan membiarkan mungkin semua Pusat rumah urut haram serta Pusat Siber/ Siber Kafe. Walaupun syarat itu adalah lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif ( kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Rumah urut sejak 2010 diberi lesen 2013 malah dikatakan masih beroperasi sehingga sekarang. Jadi tidak hairan jika ianya berleluasa  di Selangor. Rasuah, dan penguatkuasaan lemah akhirnya memburukkan lagi masalah sosial di Selangor. - Definisi Lesen Hiburan, Tempat hiburan dan Pusat Hiburan Awam seperti dalam Minit Mesyuarat PBT












Footmarksense Reflexology Sdn Bhd dari kumpulan Kakigroup. Semua pihak tahu mana-mana pusat rumah urut yang berlambang kaki ada menyediakan
khidmat seks.

Lihat cara mereka merayu siap berjanji akan menutup
pusat urut jika masjid siap



Berapa banyak kesalahan mereka





Kata ada masjid maka ditutup tapi terus diLULUSKAN.

Premis ini masih wujud hingga kini. Sama ada secara haram ataupun terus mendapat lesen dari MPAJ

Ini satu dari contoh dari 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT ) di Selangor. Netizen boleh membayangkan lagi berapa banyak lagi kaedah begini. Syarikat beroperasi secara sementara menunggu lesen. Jadi jumlah ini sentiasa meningkat sama ada secara berlesen atau haram. 


Mari kita lihat bagaimana MPAJ memproses permohonan lesen rumah urut dan pusat siber/siber kafe tahun 2014 pula sebagai contoh. 





Lesen yang ditolak dan tangguh akan meneruskan operasi mereka sehingga kelulusan mereka diperolehi. Maka Pusat Siber menjadi pusat judi haram bukanlah sesuatu yang menghairankan. 

Jika didedahkan lagi operasi PBT seperti Majlis Daerah Sabak Bernam yang juga mungkin banyak meluluskan Pusat Siber dan Kafe Siber yang menyeleweng dari fungsi asal menjadi pusat judi haram. Begitu juga pusat kesihatan yang menjadi rumah urut menyediakan khidmat seks tentu begitu banyak di semua PBT. 

Apakah ini menepati Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber
Negeri Selangor? Bangunan tiada papan tanda, perlu bertutup dan alatan yang ada didalamnya menepati lesen MDSB? 

Azmin Ali dan semua YDP Majlis  pasti tidak dapat tidur lena kerana terbongkarnya kes ini. NGO perlu terus dedah dan bongkar. SPRM dan PDRM pula mesti bertindak. Gengster Cina DAP pasti meroyan dan marah pada Azmin Ali kerana pendapatan mereka terjejas. 
↧
↧

SPRM 'DIVERT. ISU DATUK BAHRI DENGAN TANGKAP KSU KKLW!

January 4, 2017, 10:50 am
≫ Next: Lantik Pengurus Besar MUFLIS, Skandal Azmin Ali MB Selangor larikan duit Yayasan?
≪ Previous: TERDEDAH CARA 'KAWTIM" PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM
$
0
0


Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu iaitu Datuk Mohd. Arif Ab Rahman Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah terlibat dalam perbuatan rasuah dan seorang lelaki berusia 29 tahun seorang proksi berperanan menerima dan menyimpan wang hasil rasuah daripada kontraktor, pembekal dan vendor.

SPRM telah merampas dan menyita wang tunai serta jongkong emas yang dianggarkan bernilai RM3 juta.

Percayakah anda bahaya tangkapan rasuah Datuk KSU KKLW ini adalah satu cara "Divert" isu oleh SPRM. Ini bukan kali pertama SPRM melakukan cara ini. 

Ketika isu Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang belum didakwa Mac 2016 kerana kes pembelian banglo rumah Banglo Mewah dibawah harga pasaran serta kes tanah Taman Manggis SPRM melakukan pengalihan isu dengan tangkapan rasuah kes Dana KBS RM 100 juta Mei 2016. Maka lupalah sekejab janji manis SPRM menyelesaikan siasatan Lim Guan Eng ketika itu. 

Tekanan untuk mendakwa Lim Guan Eng sangat kuat. SPRM dilihat melengahkan kes dengan segala cara. Asakan dan pendedahan Datuk Huan PCM di Pulau Pinang berterusan sehinggalah pendedahan kes tangkapan rasuah pegawai SPRM Kenny Chua dalam bulan April yang menggemparkan negara dalam blog ini sedikit sebanyak mendedahkan buaya SPRM ketika itu zaman legasi Dato' Sri Shukri Arif yang terkenal pro Pasnya. Walaupun pegawai SPRM didapati bersalah tetapi hanya dihukum dibawah akta lain dan penjara hanya 3 bulan sahaja. Ini semua sentuhan Dato' Sri Shukri ketika itu..

Dalam bulan Jun 2016 SPRM turut melakukan kejutan beberapa hari sebelum pilihanraya kecil Parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar apabila menangkap mantan Ahli Parlimen Kapar yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor Manikavasagam kerana kes rasuah RM30 ribu. Kes ini senyap sehingga sekarang.

Akhirnya 30 Jun 2016 Lim Guan Eng didakwa di mahkamah dibawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009, dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan. Turut ditahan dan didakwa ialah Phang Li Khoon. Kisah LGE turun naik diselikan dengan kisah terowong Pulau Pinang. Kisah LGE pasti kembali hangan mac 2017.



4 Januari 2017 portal FMT dan Malaysiakini mendedahkan mengenai Pengakuan rasa kecewa Datuk Bahri Mohd Zin Pengarah Operasi Khas SPRM mengenai khidmatnya dan bersara awal 31 Disember 2016. SPRM membuat penafian walaubagaimanapun kembali hangat apabila Datuk Bahri membuat ugutan " Jangan cabar saya".




5. Jadi apakah cara SPRM hendak melakukan 'divert' isu mengenai SPRM? Maka siasatan fail yang lengkap melibatkan KSU KKLW dibuka dahulu. KSU ditangkap dirumahnya. Wang dan jongkong RM 3juta dirampas. Kisah menjadi Viral dan isu Datuk Bahri tenggelam. 

6. SPRM juga mengetahui segala kes dan kelemahan Datuk Bahri ketika di SPRM. Menyalahgunakan kuasa merampas Kolej KIST. Hanya masa menentukan apa tindakan terhadap Bahri jika Bahri menentang semula!












↧

Lantik Pengurus Besar MUFLIS, Skandal Azmin Ali MB Selangor larikan duit Yayasan?

March 6, 2017, 4:58 am
≫ Next: TERBUKTI TERESA KOK TIPU SENARAI NAMA DANA YAWAS? PERDAYA AZMIN, SPRM DAN RAKYAT? KALAU BERANI DEDAHKAN!
≪ Previous: SPRM 'DIVERT. ISU DATUK BAHRI DENGAN TANGKAP KSU KKLW!
$
0
0



Pelantikan Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas)merupakan satu skandal besar untuk Azmin Ali Menteri Besar selaku Pengerusi Yawas untuk melarikan wang Yawas RM500 juta setahun. Sebagaimana projek-projek bawah PBT yang diserap kepada anak-anak syarikat GLC kerajaan negeri Selangor seperti PKNS (Rumah, Kad Kesihatan), KDEB (Air dan pelupusan sampah), Yawas (Tabung, SMUE, tadika, kesihatan wanita) dan lain-lain lagi. Apabila menggunakan GLC dan Yayasan ia hanya perlu kuasa MB Selangor.


Lantaran itu Azmin mempunyai kuasa untuk melantik sesiapa sahaja menjadi CEO, Pengarah atau Pengurus Besar sebuah Yayasan berbajet besar. Walaupun seorang Muflis asalkan beliau seorang yang setia dan taat kepada Azmin. Mungkin sehingga ke tahap menjadi 'kambing hitam'.

Demo keranda di pejabat SUK mempersoalkan penyewengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang dikendalikan kerajaan Selangor akhirnya menemui penyelewengan baru iaitu pelantikan Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar Yawas. Sekali lagi Dato' Sri Jamal Md Yunos mempertikaikan alasan di sebalik pelantikan seorang berstatus muflis mengetuai sebuah yayasan di Selangor. 

Sekatan-sekatan Muflis adalah jelas
Semakan terhadap Jabatan Insolvensi 2017 mendapati individu bernama Kamsani Nasir diisytihar muflis oleh jabatan berkenaan sejak 2008. Azmin Ali turut mengaku telah mengetahui lebih awal status muflis Kamsani Yasir. Kerajaan negeri akan mengkaji status Kamsani. Menjadi persoalan besar bagaimana MB Selangor orang yang melantik Kamsani tidak mengetahui statusnya sebagai muflis? Bagaimana Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru terhegeh-hegeh memulakan siasatan sebelum melantik sebagai Pengurus Besar?


Bagaimana dokumen-dokumen pemberian dana melibatkan kewangan ratusan juta perlu ditandatangani oleh Kamsani? Adakah Kamsani sudah mendapat pelepasan Ketua Pengarah Insolvensi dilantik dalam jawatan dan juga mempunyai akaun bank?


Contoh urusan Tabung Yawas

Azmin Ali MB Pengerusi Pemegang Amanah Yawas
Bayangkan pula seorang Pengurus Besar Yawas yang Muflis menguruskan dana Skim Mesra Usia Emas (SMUE). 

Program khusus untuk rakyat Selangor atau mereka yang bermastautin 15 tahun ke atas di negeri Selangor serta berusia 60 tahun dan ke atas iaitu yang lahir sebelum 1/2/1974.



Sumbangan khairat kematian yang berjumlah RM2,500 ini kepada rakyat Selangor



Namun apa yang menjadi pertikaian hari ini adalah kewajaran bagi pewujudan / kelolaan skim ini diluar kawasan Selangor seperti yang disiarkan laman sesawang rasmi milik kerajaan negeri Selangor

P114 Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw
P115 Ahli Parlimen Batu, Tian Chua
P119 Ahli Parlimen Titiwangsa
P121 Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar
P122 Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok
P124 Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,

6 lagi disenaraikan didalam laman portal namun 3 lagi yang didakwa terlibat menerima dana kelolaan SMUE ini bukan parlimen di Selangor iaitu

Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai,
Ahli Parlimen Wangsa Maju, Tan Kee Kwong.
Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Kewajaran ini menjadi pertikaian sedangkan pra-syarat tambahan permohonan program ini jelas menyatakan didalam pekara 1 & 2 

Terma-terma Tambahan :

"Pendaftaran adalah mengikut alamat tempat tinggal sebagaimana tercatat di dalam MyKad Pemohon. Mereka yang menetap di Negeri Selangor tetapi beralamat tempat tinggal di luar Negeri Selangor hendaklah membuat pertukaran alamat dan berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negarayang berdekatan untuk mengelakkan sebarang masalah dalam proses pendaftaran dan pembayaran.

Pemohon yang lahir di Negeri Selangor tetapi menetap di luar Negeri Selangor tidak layak untuk didaftarkan sebagai Ahli."

Tentulah apa yang dipersoalkan ada betulnya. 

“ Mengapa wakil rakyat bukan dari Selangor tapi Wilayah Persekutuan yang mendapat dana ini ? ”
Bagaimana mahu mengesahkan nama-nama penerima mereka benar-benar layak menepati syarat di 9 pusat kelolaan /Ahli Parlimen bukan Selangor ini? Bagaimana dengan rakyat Selangor di Negeri Melaka dan Negeri Sembilan tidak adakah kalangan mereka menukar alamat menetap di Selangor? Tak mungkin wakil rakyat DAP dan PKR di Wilayah Persekutuan sahaja yang membuat permohonan dana SMUE?

Bagaimana 9 pusat kelolaan / Ahli Parlimen yang bukan dari dalam negeri Selangor yang telah mendapat peruntukan dana skim SMUE disalurkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) oleh seorang Pengurus Besar yang MUFLIS! luar biasa!. 200 juta wang peruntukan Skim SMUE yang bernilai RM 200 juta ini selamat dan bebas dari penyelewengan khususnya dari
Pengurus Besar Yawas yang MUFLIS?

RM188 juta diurus oleh Pengurus Besar yang MUFLIS?

Kamsani Nasir mesti seorang yang amat rapat dengan Azmin Ali MB Selangor. Bukan calang-calang orang MUFLIS yang boleh urus dana Rm500 juta setahun. Ia mesti orang yang sangat dipercayai. Pengerusi Pemegang Amanah pasti menguasai dana Yawas ini bagi memudahkan dia membelanjakan semua urusan. Kamsani hanya alat kambing hitam sahaja. 
↧
Search

TERBUKTI TERESA KOK TIPU SENARAI NAMA DANA YAWAS? PERDAYA AZMIN, SPRM DAN RAKYAT? KALAU BERANI DEDAHKAN!

March 15, 2017, 7:11 pm
≫ Next: SYABAS SPRM! SERBU PEJABAT TERESA KOK KERANA TIPU SENARAI PENERIMA DANA YAWAS
≪ Previous: Lantik Pengurus Besar MUFLIS, Skandal Azmin Ali MB Selangor larikan duit Yayasan?
$
0
0



Nampaknya giliran dana Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menjadi skandal besar perlu ditangani oleh Azmin Ali  selaku Pengerusi Yawas. Berbelanja RM500 juta setahun tentu mengundang perhatian besar dari netizen. Pelantikan Kamsani Nasir sebagai Pengurus Besar yang muflis dan penyelewengan dana SMUE pasti menjadi beban baru buat Azmin. 

Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh yang tidak mengaku menerima dana SMUE  mengubah pendiriannya kurang 24 jam untuk menerima dana itu. Barangkali Teresa tidak perasan bahawa pemberian dana itu di masukkan dalam portal Kerajaan Selangor sendiri. 


Apa yang menjadi pertikaian ialah  kewajaran bagi pewujudan / kelolaan SKIM USIA EMAS di luar kawasan Selangor sama ada ia menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan. 9 Parlimen termasuk Seputeh yang bukan dari Negeri Selangor. Jadi bagaimana Ahli Parlimen Seputeh tidak mengaku?

Turut disenarai Ahli Parlimen Cheras, Segambut dan Wangsa Maju

"SPRM wajar menyiasat senarai nama yang diberikan oleh Teresa Kok di Parlimen Seputeh begitu juga di 8 lagi Parlimen di luar Selangor. Apakah wujud penipuan atau salah guna kuasa dana SMUE itu." 
Sehubungan itu cabaran kepada Kerajaan PKR Selangor mendedahkan senarai penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) oleh beberapa pemimpin PKR dan DAP adalah amat wajar. Orang awam hendak tahu betul atau tidak peruntukan besar untuk SMUE yang menggunakan wang rakyat itu sampai kepada penerimanya. Ini kerana terdapat aduan hanya menerima RM 1000 sahaja. 

Wang dana Yawas ini masukkan dalam akaun Ambank Ahli Parlimen dan boleh dikeluarkan dengan Kad ATM. 

Apakah benar Teresa Kok dan beberapa MP PKR DAP membuat penipuan senarai nama? Aduan seperti ini sepatutnya SPRM Siasat apatah lagi yang menguruskan dana Yawas ini seorang yang MUFLIS.

Teresa Kok mempunyai sejarah rasuah yang telah dilaporkan kepada SPRM sejak 2014. Sehingga ke hari ini tidak ada keputusan kes tersebut. Apakah Teresa Kok terlalu kebal?


Kredit: Gambar dari media sosial


Apakah juga kali ini kisah Dana Yawas dalam SMUE Teresa terlepas jugak? Beranikah Teresa saman Dato Sri Jamal Yunos? 




↧

SYABAS SPRM! SERBU PEJABAT TERESA KOK KERANA TIPU SENARAI PENERIMA DANA YAWAS

March 31, 2017, 3:36 am
≫ Next: Peter Chong lari ke Thailand kerana kes rasuah PKNS Sivarasa Rasiah MP PKR Subang?
≪ Previous: TERBUKTI TERESA KOK TIPU SENARAI NAMA DANA YAWAS? PERDAYA AZMIN, SPRM DAN RAKYAT? KALAU BERANI DEDAHKAN!
$
0
0



Selepas laporan demi laporan dari Dato'Sri Jamal Yunos Pengerusi Gabungan NGO Malaysia dan pelbagai pihak terhadap Teresa Kok Ahli Parlimen DAP berhubung dakwaan penyelewengan dana Yayasan Anak Selangor (YAWAS), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pejabat Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dekat Kuchai Lama. 

Sumber SPRM ketika dihubungi media mengesahkan serbuan itu. Pembantu ahli parlimen Seputeh, Alice Lan yang ada di pejabat Teresa mengesahkan SPRM meminta dokumen asal dan membuat salinan dokumen berkaitan dengan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) yang di bawah pentadbiran Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).



Teresa Kok sebelum ini sekejab mengaku sekejab tidak menerima dana YAWAS dikatakan terlibat menyeleweng dana itu dan memberikan senarai palsu penerima dana itu. 

Walau bagaimanapun Teresa Kok dan Malaysiakini menafikan ia satu serbuan ia hanya satu 'lawatan'. Jelas DAP, Teresa dan Malaysiakini merasa tercalar dengan serbuan SPRM ini. Sebelum ini jika ada pemimpin BN atau UMNO diserbu atau disiasat SPRM merekalah yang paling cepat untuk membuat spekulasi. 

Adun Damansara Utama Yeo Bee Yin, yang sebelum ini membawa dokumen Yawas ke pejabat SPRM selepas dilaporkan Jamal berkata serbuan ke pejabat Kok di Kuchai Lama bertujuan menakutkan pemimpin pembangkang Selangor. Barangkali sebab itu sebelum diserbu adun DAP bergegas ke SPRM. Menurut Yeo Bee Yin dokumen asal disimpan di pejabat tanah. Menjadi kemusykilan mengapa dokumen asal berkaitan Yawas dan akaunnya, kini ada di pejabat tanah dan daerah dan berharap serbuan dibuat ke pejabat tanah. Dan kalau semua dokumen dah ada mengapa perlu beliau sendiri menghantar dokumen ke SPRM? 

Terbaru Teresa Kok akan menyaman Dato' Sri Jamal. Apa Jamal kisah? Apakah rakyat kisah? yang rakyat tahu SPRM serbu pejabat Teresa dan dia siasat. Ini sudah cukup. 

Tahniah kepada SPRM yang berani bertindak. Ini SPRM Zaman Datuk Dzulkifli Ahmadlah! tidak pilih bulu.DAP pun boleh terkencing!
↧
↧

Peter Chong lari ke Thailand kerana kes rasuah PKNS Sivarasa Rasiah MP PKR Subang?

April 15, 2017, 10:34 am
≫ Next: BERIBU LESEN PUSAT HIBURAN DILULUSKAN PBT SELANGOR KENAPA AZMIN BOHONG TIADA KUASA?
≪ Previous: SYABAS SPRM! SERBU PEJABAT TERESA KOK KERANA TIPU SENARAI PENERIMA DANA YAWAS
$
0
0


Baru-baru pembangkang kecoh mengenai kehilangan Peter Chong, pembantu kepada Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa. ia disahkan anaknya Darryl Chong pada Rabu lalu 5 April 2017. Pembangkang seperti biasa memainkan isu. SYED IBRAHIM SYED NOH Ketua Penerangan PKR memainkan isu berasaskan sentimen.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan bahawa aktivis Peter Chong yang didakwa hilang, telah dilihat menyeberangi sempadan Thailand. Menurut Khalid, Peter dilihat menyeberangi sempadan Thailand melalui Bukit Kayu Hitam dengan menaiki bas pada jam 6.30 pagi 7 April. Bermakna Peter Chong tidak hilang!

Apa tujuan Peter Chong ke Thailand?


Benarkah Peter Chong di culik atau sengaja melarikan diri? Sumber rapat mendedahkan Peter Chong melarikan diri dari bakal disiasat SPRM kerana rasuah Sivarasa Rasiah Ahli Parlimen Subang terlibat skandal Rumah Idaman Selangorku PKNS satu sindiket mengutip komisen 1.5 hingga 5% komisen.

Peter Chong sedang merancang dirinya seolah-olah hilang dengan kali terakhir menulis di facebooknya pada 31 Mac lalu dengan kata "Dia kata dirinya menyokong apa yang saya lakukan. Beliau berkata 'tetapi mahu hati-hati... sekarang banyak orang tiba-tiba hilang. Mereka semua tahu mana orang tinggal," tulis Chong dalam Facebook

Peter Chong terlalu banyak mengetahui sumber rahsia rasuah Sivarasa dan banyak terlibat menguruskan hal-hal projek Sivarasa bersama dengan pejabat guaman Sivarasa. Sama ada Sivarasa mengarahkan lari atau beliau secara sukarela berbuat demikian.

Rasuah Sivarasa dan pejabat guamannya pernah didedahkan dalam entri blog ini november 2016. Klik artikel berkaitan;

SINDIKET MP PKR KUTIP 1.5% - 5% KOMISEN PROJEK RUMAH SELANGORKU IDAMAN PKNS. PROKSI AZMIN WARGA SINGAPURA TERLIBAT?

Projek Rumah Selangor ku Idaman PKNS dibina dengan kos RM200-300 Juta. Jika 1.5% pun dah berapa juta diterima oleh Sivarasa Rasiah?












Azmin Ali MB Selangor sangat risau kebocoran maklumat projek PKNS ini. Dengan isu Adam Rosly Ketua AMK Cabang Ampang yang ditangkap SPRM pasti memburukkan keadaan. 

Gamuda yang mahu menjual SPLASH kepada Kerajaan Selangor RM3bilion juga pernah mendapat projek SELANGORKU IDAMAN PKNS. Berapa jutakah rasuah yang diberi Gamuda kepada Azmin Ali? agaknya sebab itu pertukaran tanah Paya Indah Wetlands dari pertanian kepada bangunan kediaman dilakukan dengan pantas. 


↧

BERIBU LESEN PUSAT HIBURAN DILULUSKAN PBT SELANGOR KENAPA AZMIN BOHONG TIADA KUASA?

June 1, 2017, 12:59 am
≫ Next: Rasuah UNISEL: Exco Selangor Dasar Penipu!
≪ Previous: Peter Chong lari ke Thailand kerana kes rasuah PKNS Sivarasa Rasiah MP PKR Subang?
$
0
0

Bukti PBT luluskan lesen premis. Kemudian PBT membiarkan peniaga menyalahgunakan premis menjadi tujuan lain seperti Pusat Judi, slot mesin, rumah urut dan pelacuran. Mengapa Majlis PBT yang meluluskan lesen tidak memeriksa terlebih dahulu latar belakang syarikat atau memberi percubaan beberapa bulan. Ternyata ada ahli Majlis PBT yang 'Kawtim' dengan peniaga yang menyeleweng premis selepas lesen diluluskan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri agar menghentikan pengeluaran lesen pusat hiburan keluarga kerana berlaku terlalu banyak salah guna lesen untuk tujuan perjudian.

“Mengapa perlu ada pusat hiburan keluarga tetapi di dalamnya terdapat mesin yang kemudian disalah guna menjadi mesin judi,” 

Menteri besar Selangor menyambut baik gesaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ini namun tetap memerlukan kerjasama polis pemantauan dan penguatkuasaan.

“Kita akan lihat di bawah peruntukan undang-undang, bidang kuasa mana yang keluarkan lesen, terlibat dengan penguatkuasaan".
“Bidang kuasa PBT amat terhad dan kita perlukan kerjasama juga dari polis supaya usaha ini dapat kita pantau dan dikuatkuasakan kerana mahu masyarakat Selangor terjamin keselamatannya,” 

Kenapa Azmin Ali berbohong kuasa Kerajaan 
Negeri dan PBT? 

Adalah jelas PBT mempunyai kuasa penuh meluluskan semua lesen di kawasannya. Rumah urut, pusat siber, kafe siber, pusat hiburan keluarga, pusat kecantikan semua diluluskan oleh PBT. Lesen -lesen ini biasanya akan diselewengkan menjadi pusat judi, rumah urut dan pelacuran.


Contoh Lesen Pusat Siber dan Kafe Siber

Lesen Pusat Siber dan Kafe Siber hanya pernah dibekukan pada tahun 2007 dibawah pemerintahan BN Dr Mohamad Khir Toyo sebagai Menteri Besar Selangor melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan)PBT KT Bil 3/2007 bertarikh 17 Julai 2007- Dasar dan Garis Panduan Mengawal Perniagaan Pusat Siber dan Kafe Siber.

Bagaimanapun semasa pemerintahan Pakatan Rakyat ketika Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor, manakala Exconya Ronnie Liu dari DAP sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, kajian dan Penyelididikan Selangor, Pembekuan lesen Pusat Siber dan Kafe Siber ditarik balik pada tahun 2012 melalui Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan PBT :SPBT Bil 2/2012- Garis Panduan Pengawalan Perniagaan dan Reka Bentuk Pusat Siber dan Kafe Siber Negeri Selangor. 


Rumah Urut/ Pusat kecantikan & Penjagaa Kesihatan


Rumah Urut atau yang berlindung dibalik lesen Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan hanya ada satu Pekeliling sahaja Surat Pekeliling Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan (Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan) PBT:KT bil 4/2007 - menetapkan lokasi premis hendaklah berjauhan daripada kawasan sensitif (kediaman, rumah ibadat dan sekolah). Jarak minima yang dibenarkan adalah sekurangnya -kurang 500 meter. 

Dua penggal Pakatan Pembangkang tiada satu pun arahan pembekuan sehinggalah sekarang. Lesen rumah urut dikatakan Tiada had.

Lesen Hiburan dan Tempat hiburan- Pusat hiburan keluarga

Pusat ini tumbuh di negeri Selangor atas alasan hiburan keluarga. Ia termasuk pusat-pusat snooker/billiard/poortable. Walaupun terdapat peraturan jelas seperti larangan minuman keras, perjudian, rekod pengunjung dan lain-lain kecenderungan pusat ini disalah gunakan sangat tinggi. PBT dan pihak berkuasa lain tidak sempat membuat pemantauan kerap.

Asasnya jelas semua permohonan yang dikemukakan dihantar kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan di bawa dalam Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan majlis akan membuat penilaian seterusnya membuat kelulusan. Memang terdapat ulasan dan sokongan pihak polis pada premis rumah urut, pusat siber, siber kafe, pusat hiburan dan pusat kecantikan bagaimanapun ia tetap dari ulasan kertas PBT terlebih dahulu. Jadi kuasa memberi lesen perniagaan tetap bermula dari PBT.

Contoh dokumen Mesyuarat Mesyuarat Penuh Majlis Tempatan-. Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Usahawan boleh dirujuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kawasan Ahli Parlimen Zuraida Kamaruddin. Blog masterdedah pernah mendedahkannya. Boleh baca di sini

TERDEDAH CARA 'KAWTIM" PBT LULUSKAN LESEN. AZMIN TIDAK AKAN BEKU RUMAH URUT & PREMIS SIBER JUDI HARAM



Jadi satu persoalan apabila Azmin Ali berkata PBT mempunyai bidang kuasa PBT amat terhad sedangkan kuasa itu adalah kuasa PBT yang mengeluarkan lesen serta berlaku di PBT masing-masing. Semua YDP PBT Negeri dan Ahli Majlis bawah kuasa Azmin Ali MB Selangor. Azmin hanya perlu beri arahan dan keluarkan surat pekeliling melalui SUK sahaja. Tapi apa berlaku? Semua ahli Majlis PBT jelas ada terlibat dan kepentingan. 

Pihak PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang selepas dari premis dilulus PBT. PBT sepatutnya sebelum meluluskan lesen premis memastikan tiada berlakunya unsur penyelewengan dari pemohon. PBT juga mempunyai kuasa untuk menyita serta memotong bekalan elektrik. PBT boleh melaporkan kepada PDRM atau mengadakan operasi kerjasama jika sekiranya terdapat premis yang melanggar peraturan. Jadi tidak timbul PBT tiada kuasa dan menyalahkan PDRM.


↧

Rasuah UNISEL: Exco Selangor Dasar Penipu!

July 28, 2017, 5:38 am
≫ Next: SPRM LAPOR POLIS BLOG MILOSUAM FITNAH KES JABATAN AIR NEGERI SABAH TIADA UNSUR RASUAH!
≪ Previous: BERIBU LESEN PUSAT HIBURAN DILULUSKAN PBT SELANGOR KENAPA AZMIN BOHONG TIADA KUASA?
$
0
0





1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyelar Rizal Mansur berhenti berlagak seperti jaguh seolah membela UNISEL.

Kata Nik Nazmi 


“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” . Rujuk kenyataan media Nik Nazmi

2. Tidak ada hubungan kontrak? Apa yang Nik Nazmi selaku Exco Pendidikan Selangor ini bohongkan? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau geng kartel kenyang dia tidak. Sebab tu Nik Nazmi selaku Exco jawab merapu. Sepatutnya dia jawab surat itu berdasarkan dokumen yang didedahkan.

Lebih lanjut perkongsian artikel ini sila baca artikel penuh di Captain M. 
↧
Remove ADS
Viewing all 216 articles
Browse latest View live

Search

  • RSSing>>
  • Latest
  • Popular
  • Top Rated
  • Trending
© 2025 //www.rssing.com