Selepas dilaporkan media Shafie Apdal tidak ditangkap pada 24 Ogos lalu nampaknya penangkapan Shafie Apdal semakin hampir kini apabila SPRM melaporkan akan menangkap Shafie Apdal jika ada bukti. Sejumlah RM1.5 bilion dana diseleweng dari RM7.5bilion projek KKLW ketika Shafie Apdal menjadi Menteri KKLW.
Penyelewengan ini bermaksud termasuk penerimaan dan pemberian komisen projek dari syarikat yang digunakan oleh Shafie Apdal melalui adik-beradik, keluarga, bekas pegawai Menteri, pegawai KKLW serta kontraktor. Komisen projek adalah ada 10 peratus hingga 25 peratus. Terdapat projek seperti Bekalan Air Luar Bandar, Elektrik, solar dan projek jalan di 'mark up' untuk pembayaran komisen Shafie Apdal melalui projek Rundingan Terus, tender terhad dan tender terbuka (teknikal yang dikawal oleh Shafie Apdal). Di Sabah kita serahkan kepada penyiasatan SPRM.
Penyelewengan Projek KKLW di Sarawak
Esawin Resources dan Citra Alti Sdn Bhd sapu projek elektrik |
Jangan lupa Shafie Apdal juga selain mempunyai taikun Sabah beliau juga mempunyai proksi taikun taukeh Sarawak yang memberikannya dana komisen projek. Projek elektrik misalnya RM2.94 bilion diperuntukkan oleh KKLW dalam tempoh 2009 hingga penghujung 2015. Jadi penyelewengan dana projek Sarawak juga perlu disiasat SPRM.
Di Sarawak terdapat satu taikun yang banyak memonopoli projek Elektrik dan solar ketika Shafie Apdal menjadi Menteri. Taikun itu ialah Datuk Chew Chiaw Ann. Menggunakan beberapa syarikat untuk monopoli projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB). Projek dilaksana termasuk rundingan terus yang dipohon oleh Shafie Apdal kepada Kementerian Kewangan dengan justifikasi tertentu.
Syarikat iaitu;
1. Esawin Resources Sdn Bhd
2. Megan Alfa Sdn Bhd
3. Shorefield Sdn Bhd
4. Citra Alti Sdn Bhd
5. Revenue Scope Sdn Bhd
Ratusan juta projek diperolehi oleh Syarikat ini atas kelulusan khas Dato' Seri Shafie Apdal Menteri KKLW. Pada tahun 2009 pernah berlaku kontroversi apabila Syarikat Esawin Resources Sdn Bhd milik Datuk Chew Chiaw Ann bukan bertaraf bumiputera (hanya selepas kontroversi dimasukkan nama bumiputera), syarikat berdaftar bawah "General Trading" sahaja, tiada pengalaman, tiada CIDB dan lesen PKK kelas A sekali. Hanya selepas kontroversi baru ditukar kepada bidang 'Electrical Contractor'. Akhirnya diberi lesen selepas mendapat kelulusan projek KKLW itu secara KHAS. Esawin Resources pernah mendapat projek RM 80 juta secara rundingan terus dan banyak lagi.[Rujuk SSM di bawah]
Begitu juga Syarikat Shorefield Sdn Bhd yang mendapat projek berjumlah RM150 juta dan Syarikat Citra Alti Sdn Bhd. Syarikat Megan Alfa Sdn Bhd turut diberi projek Solar di Negeri Sarawak seperti Projek Solar Hibrid Bekalan Elektrik Luar Bandar di Baram . Malah Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin pernah melawat projek ini bersama Datuk Chew Chiaw Ann. Sejak 2009 hingga 2015 syarikat-syarikat dikuasai oleh Datuk Chew Chiaw Ann lah paling berkuasa.
Datuk Chew Chiaw Ann - Esawin Resources Sdn Bhd - SSM
Selepas kontroversi Datuk Chew Chiaw Ann mengubah lembaga pengarah namun beliau kekal memang saham dalam syarikat Esawin Resources Sdn Bhd
Laporan Ketua Audit Negara tahun 2014 menunjukkan syarikat milik Datuk Chew Chiaw Ann menunjukkan masalah lambat disiapkan dengan mendapat lanjutan masa (EOT).
Shafie Apdal dan budak-budak Warisan bukan main berlagak lagi. Siap mencabar hendak dedah apa yang dia ada. Dedah sajalah. Ini masterdedah ni dedah projek Datuk Chew Chiaw Ann kroni Shafie Apdal. Elok juga SPRM panggil lagi adik Shafie Apdal yang lain atau terus saja masukkan Shafie Apdal. Adik-adik Shafie Apdal pun kontraktor Sarawak gunakan. Berlagak sangat.