PKR pada 25 Ogos lalu mengumumkan keahlian bekas Ahli Parlimen Kapar S Manickavasagam (Ketua Cabang PKR Kuala Selangor) digantung selama 2 tahun atas alasan memfitnah Anwar Ibrahim April 2017 kononnya menerima wang RM300,000-RM400,000 daripada Oms Thiyagarajan kerana tidak mencalonkannya sebagai calon Parlimen Kapar.
Apakah anda percaya? Ini semua alasan sahaja kerana Manikavasagam adalah pemimpin PKR yang terlibat dengan kes rasuah ketika pilihanraya kecil Sg Besar. Kes ini kecoh tahun 2016. Malah Manikavasagam adalah antara pemimpin PKR yang mendedahkan rasuah "Geng Kartel" Azmin Ali sehingga menyebabkan kontroversi kepada Kerajaan Negeri Selangor.
Kisah rasuah Manikavasagam dan krononologi kes boleh didapati di sini;
Kes Hilman Idham melarat sehingga disiasat SPRM malah termasuk dalam laporan SPRM Rafizi Ramli mengenai "Geng Kartel" dan rasuah seks |
Mesej Aplikasi WhatApps bersama pemilik Syarikat Silver Nine |
Menurut sumber Kes rasuah Manikavasagam belum ditutup oleh SPRM Selangor. Dengan keadaan panas siasatan SPRM Skandal Unisel - MBI ada kemungkinan kes ini bakal meletup semula dan bakal memalukan PKR. Jalan terbaik PKR ialah menggantung Manikavasagam.