1. Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi semalam menyelar Rizal Mansur berhenti berlagak seperti jaguh seolah membela UNISEL.
Kata Nik Nazmi
“Pada masa ini, Unisel dan Jana Niaga sudah tidak ada hubungan kontrak,” . Rujuk kenyataan media Nik Nazmi
2. Tidak ada hubungan kontrak? Apa yang Nik Nazmi selaku Exco Pendidikan Selangor ini bohongkan? Sama ada dia tak baca surat MBI, Jana Niaga Sdn Bhd dan Unisel atau dia tak masuk dalam mesyuarat atau geng kartel kenyang dia tidak. Sebab tu Nik Nazmi selaku Exco jawab merapu. Sepatutnya dia jawab surat itu berdasarkan dokumen yang didedahkan.