1. Siri pendedahan masterdedah mengenai Skandal Finas telah mendedahkan banyak perkara lain. Skandal Hong Kong membuka kepada pemberian geran kepada syarikat milik Ahli Lembaga Pengarah Finas dan Skandal Seks
2. Menjelang FFM28 pada 3 September 2016 nampaknya akan terus membuka Skandal lain melibatkan pimpinan tertinggi FINAS. Info dalaman Finas memaklumkan Dato' Kamil Othman telah memberi geran RM10juta kepada syarikat Dragonslate Media Sdn Bhd milik Leon Tan. Sebagaimana CL Hor Ahli Lembaga Pengarah yang mendapat geran Finas puluhan juta dan janjinya untuk membawa Filem Malaysia ke peringkat antarabangsa begitu jugalah DragonSlate Media Sdn Bhd.
Kerjasama Leon Tan, Finas dan Kamil Othman 2013. Sudah kenal lama |
3. Semakan menunjukkan pemilik DragonSlate Media Sdn Bhd, Leon Tan telah mengenali lama Dato' Kamil Othman sejak Naib Presiden MDec lagi. Setelah Kamil Othman menjadi KP Finas beliau memberikan lagi RM 10 juta kepada DragonSlate. Apakah hasilnya kerjasama itu? Filem bertaraf dunia?
4. Ketua Pengarah Finas mesti menjelaskan dana itu. Sebagaimana beliau melantik syarikat Prodigee Entertainment Sdn Bhd milik Namewee sebagai wakil pemasaran filem Malaysia di China.