Quantcast
Channel: MASTER DEDAH
Viewing all articles
Browse latest Browse all 216

SPRM AKAN MEMUNGKIRI JANJINYA SEKALI LAGI? TEMPOH 'SEBULAN' MELENGKAPKAN SIASATAN DIBERI KEPADA PEGUAM NEGARA UNTUK PENDAKWAAN KES RASUAH LIM GUAN ENG

$
0
0


Kata SPRM Nasib Lim Guan Eng akan diketahui Sebulan lagi. 
ADAKAH SPRM MENEPATI ATAU MENCAPATI JANJI?

1. Bukan luar biasa SPRM memungkiri janjinya. Budaya kerja SPRM bersifat 'populis' dan selalunya perlu di 'push'untuk lebih laju. Ibarat pahat dengan pemukul. Tidak diketuk maka tidaklah berjalan. Lihat saja siasatan sebelum ini untuk memanggil Lim Guan Eng asyik tertangguh dengan kenyataan media " Next Week" melebih 50 hari. Panggil Lim Guan Eng pun perlu lebih 50 hari. Orang lain SPRM serbu dan kepung sahaja. Siasatan kes Rasuah Teresa Kok MP Seputeh sudah memakan masa 2 tahun sejak 2014 hingga kini tidak selesai. Jadi apa hendak hairan dengan kes Rasuah Lim Guan Eng ini. Tidak mustahil janji Sebulan SPRM akan tertanggguh dan 'dicapati' begitu sahaja. 

Teresa tersenyum girang...

2. Tidak mustahil juga buat SPRM untuk bekerja lebih laju sebagaimana SPRM mendakwa pegawainya yang rasuah Kenny Chua ditangkap 7 April dan didakwa 12 April ( Kurang 1 minggu) bukan atas Akta SPRM 2009 tetapi Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan Sekysen 417. Kenny menerima hukuman penjara tiga bulan dan denda RM3,000. Demi nama SPRM, korbankan seorang dari merosakkan organisasi. Wal hal dalang-dalang besar dalam SPRM masih berselindung dalam sarangnya. Malah kes penyelewengan dana KBS RM100 juta pun SPRM sanggup sidang media pada hari Sabtu untuk menunjukkan mereka buat kerja & divert sementara kes Lim Guan Eng. Ketika penyiasatan dana RM2.6B SPRM hanya perlukan masa kurang 1 minggu bertindak sehingga kepada pembekuan akaun. Keghairahan mereka memuncak sehingga ada pegawai SPRM dari Operasi Khas membocorkan maklumat siasatan kepada pihak luar. Apabila mereka disiasat, ditahan PDRM dan dipindahkan dari jabatan mereka marah serta mengugut kerajaan. 

3. Sejak Lim Guan Eng dipanggil memberi keterangan kepada SPRM selama dua hari berturut-turut iaitu pada 6 Mei dan 7 Mei pada 8 Mei SPRM berjanji akan melengkapkan siasatan kes Lim Guan Eng selama Sebulan. Media massa seperti utusan juga melaporkannya 

4. Jika hari ini adalah 22 Mei sehingga hujung bulan sekurangnya 8 Jun 2016 siasatan Kes Lim Guan Eng telah selesai. Ini bermakna ketika dalam kempen PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. 

5. Mengambil kira keputusan memanggil Lim Guan Eng pada 6 dan 7 Mei sebelum pembuangan undi di PRN 11 Sarawak ternyata beri kesan kepada DAP dengan kekalahan di 5 kerusi yang dimenanginya sebelum ini. Masyarakat cina juga nampaknya tidak dapat menerima rasuah yang hanya menguntungkan Lim Guan Eng, kroni dan keluarganya. Oleh itu mendakwa Lim Guan Eng dalam suasana PRK bukanlah satu masalah dan mungkin satu kelebihan.

6. Berperang dengan kontroversi baru terowong bawah laut Kerajaan Pulau Pinang yang menelan ratusan juta ringgit tidak mungkin akan menjejaskan isu Rumah Banglo murah Lim Guan Eng. 


7. Sekalipun pada 4 Mei terdapat sesuatu yang memalukan apabila NST dan The Sun Daily memetik kata-kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Ghafar Rajab 

" I was informed two days ago about this decision and hence the case is considered closed" - No Further Action dan "close" . Seakan ada usaha menutup Kes SD Phang Li Koon tetapi ketegasan dan keseriusan 
Peguam Negara TAN SRI DATO’ SRI HAJI MOHAMED APANDI BIN HAJI ALI telah meleraikan kekusutan itu bahawa kes dalam proses diambil tindakan. Peguam Negara sendiri dapat menghidu pegawainya DPP seakan bersekongkol dengan Lim Guan Eng dan CPO.

8. Ketegasan dan Keseriusan Peguam Negara inilah yang ditakuti oleh Lim Guan Eng dan pembangkang. Jika benar laporan siasatan Lim Guan Eng boleh dilengkapkan sebulan kita juga yakin Peguam Negara tidak akan mengambil masa yang lama untuk mendakwa Lim Guan Eng. Sekarang kuncinya hanya SPRM sahaja sama ada sengaja melengahkan, tidak melengkapkan atau mahu menyelamatkan Lim Guan Eng. 

9. Pelbagai cara Lim Guan Eng untuk Divert isu. Dalam tempoh sebulan ini nampaknya Lim Guan Eng mengarahkan Jawatankuasa Disiplin DAP Kebangsaan memecat keahlian parti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Datuk, Loh Chee Heng, atas dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan negeri bagi kawasan diwakilinya di Selangor sebagai jalan penciptaan persepsi rakyat betapa DAP serius memerangi rasuah. Korbankan seorang demi Lim Guan Eng. DAP menjatuhkan hukum sebelum SPRM menjalankan siasatan dan pendakwaan. Ironisnya DAP tidak pula mengambil tindakan sama terhadap Lim Guan Eng walaupun jelas Lim Guan Eng membeli Banglo Phang Li Khoon RM2.8 juta di bawah harga pasaran. 

DAP mahu menunjukkan mereka tegas wal hal beli banglo murah dengan Phang Li Khoon adalah satu rasuah

10. Sumber dalaman memberitahu dengan rakaman keterangan Guan Eng 6 dan 7 Mei lalu boleh dikatakan siasatan SPRM telah lengkap dan berada di peringkat akhir. Dijangka akan ada sekali lagi panggilan susulan terhadap Lim Guan Eng sebelum siasatan diserahkan kepada Peguam Negara untuk tindakan. Bagaimanapun ia bergantung kepada SPRM. Cukuplah dinyatakan berdasarkan semua bukti sepatutnya Lim Guan Eng boleh didakwa.

11. Jika SPRM menunaikan janjinya nasib Lim Guan Eng akan ditentukan pada penghujung Mei atau awal Jun ketika PRK berlangsung di Kuala Kangsar dan Sg Besar barulah kita boleh percaya segala usaha SPRM. Setakat hari ini SPRM terbukti hanya akan bekerja selepas ditekan. Jika tidak mereka akan membiarkan sahaja bertahun-tahun. 

Nota: Apakah khabar Dato' Seri Shukri TKP SRPM? kepada KekandaSatria Blogspot yang rindukan admin.Ada masa bolehlah sembang minum. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 216